No Image Caption

Terpaksa berhentikan anak sekolah kerana masalah kesihatan, undang sebak warga maya

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
24 Jul 2023 03:10pm
A
A
A

Melihat anak membesar dan mendapat pendidikan dengan baik merupakan harapan buat semua ibu bapa atau penjaga.

Namun, tidak semua di antara mereka berkesempatan menelusuri kehidupan dengan sisi yang indah.

Itu antara yang dilalui oleh seorang wanita selepas anaknya disahkan menghidap masalah kesihatan saraf otak atau lebih dikenali Adrenaleukosystrophy.

Rentetan daripada masalah tersebut, dia yang dikenali menerusi akaun TikTok dengan nama Nisaahaswan terpaksa mengeluarkan anaknya, Mohamad Nur Iman Ramadhani dari persekolahan.

“Sedihnya pergi ke sekolah untuk berhentikan Iman sebab dia memang tak boleh sekolah lagi,” kataya menerusi satu video yang dimuatnaik di laman media sosial pada Jumaat lalu.

Video tersebut turut memaparkan surat pengesahan berhenti sekolah anaknya itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hantaran Nisaahaswan berkenaan kemudian mendapat perhatian daripada rata-rata pengguna laman sosial tersebut.

“Semoga adik Iman sembuh seperti sediakala,” ujar pemilik akaun bernama Naga pada ruangan komentar.

No Image Caption

Seorang individu bernama Radienared berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa mempunyai anak yang sihat merupakan rezeki.

“Kadang-kadang kita tidak sedar, dapat anak yang sihat pun sebenarnya rezeki,” ulasnya.

No Image Caption

Pemilik akaun bernama Sensei yang dipercayai seorang guru meluahkan di komentar berkenaan yang dia sendiri tidak sanggup melihat perkara tersebut berlaku sekiranya terjadi pada anak muridnya.

No Image Caption

“Saya sebagai cikgu pun sangat sedih kalau dapat berita pelajar berhenti disebabkan masalah kesihatan sebegini,” katanya.

TAMAT

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok