UITM-OKU-SINARBESTARI-2022 (2)
UITM-OKU-SINARBESTARI-2022 (2)

100 sukarelawan UiTM pupuk kesedaran golongan OKU

nadzarul.amir
14 Dec 2022 09:59am
A
A
A

Seramai 100 sukarelawan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekati golongan orang kurang upaya (OKU) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Society and Us di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.

Pengarah Program, Muhamad Soleh Abu Hassan berkata, penganjuran projek CSR itu bertujuan memberi nilai tambah serta pengalaman kepada warga UiTM dalam melakukan aktiviti khidmat masyarakat, seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan UiTM dengan masyarakat umum tanpa mengira bangsa.

Dia yang merupakan Staf Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas Pejabat Timbalan Naib Canselor HEP UiTM berkata, selain dapat bersama dan menyumbang bakti kepada kumpulan memerlukan, program seumpama itu dilihat berupaya memberi manfaat kepada individu serta masyarakat khususnya tentang kesedaran mengenai golongan OKU.

"CSR ini berupaya meningkatkan tahap ketampakan UiTM sebagai sebuah universiti yang mempunyai nilai semangat kemasyarakatan yang tinggi dan cakna OKU, di samping penghasilan mutu imej UiTM ke arah lebih cemerlang

"Program seumpama ini juga membolehkan warga kerja UiTM memberi sumbangan berkumpulan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada warga B40 di sekitar Shah Alam," katanya.

Penasihat Program, Dr. Khadijah Said Hashim dan Pengarah Program, Muhamad Soleh Abu Hassan bersama sukarelawan UiTM CSR Project baru-baru ini.

Dia menambah, pelaksanaan program UiTM CSR Project dan aktiviti bersama masyarakat itu diharap dapat memberi manfaat sekali gus mampu mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Muhamad Soleh memberitahu, program berkenaan melibatkan staf dan mahasiswa UiTM seluruh Malaysia.

Projek CSR Society and Us itu mendapat kerjasama daripada Unit Perkhidmatan OKU UiTM, Fakulti Pendidikan UiTM, Malaysia Federation of the Deaf, Pertubuhan Shah Alam Bersatu OKU (Pekak)dan KRT Komuniti 1 hingga 7 Shah Alam.

Hadir sama memeriahkan acara kemasyarakatan itu ialah Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) Kementerian Pengajian Tinggi, Normalia Ibrahim dan Pengarah Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Profesor Madya Dr Mohd Azman Yahaya.

Artikel berkaitan

Kepakaran pustakawan UiTM jadi rujukan SEBARU untuk mantapkan pengurusan perpustakaan sekolah

Pengacara popular, Hawa Rizwana akhirnya berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!

Pasukan Koir UiTM ungguli kejuaraan Festival Koir Antarabangsa di Barcelona


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok