20 pelajar asnaf terharu terima sumbangan
20 pelajar asnaf terharu terima sumbangan

20 pelajar asnaf terharu terima sumbangan

Roshlawaty Md Raieh
02 Aug 2022 04:18pm
A
A
A

“Dengan pemberian bantuan ini, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” kata Nor Amirah Solehah Ahmad Baijuri.

Merupakan pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia Dengan Pengurusan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nor Amirah memberitahu, bantuan berbentuk kewangan dan barangan keperluan yang diberikan pihak universiti, sedikit sebanyak dapat membantu dirinya meneruskan pengajian dan mencapai cita-cita.

“Saya ingin berterima kasih kepada Pusat Islam UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) serta Putra Bakti UPM kerana cakna dengan pelajar yang tidak berkemampuan seperti kami.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan syukur di atas sumbangan yang diberikan dan hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Nurul Aini Saharudin yang merupakan pelajar Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM turut melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya di atas pemberian sumbangan yang sangat bermakna itu.

Sebelum ini, Pusat Islam UPM dengan kerjasama WAZAN dan Putra Bakti UPM menganjurkan aktiviti dakwah dengan mengagihkan sumbangan kepada 20 pelajar asnaf UPM sekitar daerah Rompin dan Temerloh, Pahang.

Menurut Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim, sumbangan diberikan itu berbentuk wang tunai dan barangan keperluan kepada pelajar asnaf yang terpilih.

Dalam masa yang sama, 40 penduduk asnaf di sana turut menerima barangan keperluan harian dari UPM.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, sumbangan bantuan yang diberikan itu diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar dalam meneruskan pengajian di universiti.

“Semoga semua penerima bantuan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya selain menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.

“Kami akan terus membantu pelajar UPM yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menamatkan pengajian dan seterusnya meneruskan kehidupan dengan baik bersama keluarga,” katanya.

Artikel berkaitan 

Kesanggupan Ustaz Fadzrol demi penuhi minat generasi muda jadi bilal buat ramai salute!

Tamat pengajian sarjana dalam bidang TESL, Najwa Latif teruja mahu bergelar Doktor

“Hargai guru bukan hanya pada 16 Mei sahaja” – Cikgu Mohamad Ali


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok