Untitled design (22)
Untitled design (22)

4 Flat setiap semester, Muhammad Nasri terima tawaran laluan pantas sambung PhD

Azleenda Sahaludin
09 Dec 2022 11:26am
A
A
A

Siapa yang tidak berasa bangga apabila ditawarkan laluan pantas menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di usia 23 tahun.

Bakal bergraduasi dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada 10 November ini, tawaran yang diterima daripada Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan peluang keemasan buat Muhammad Nasri Nasehir Khan mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah Kejuruteraan Awam.

Muhammad Nasri Nasehir Khan .

Kejayaan Muhammad Nasir ini adalah hasil keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 selama lapan semester berturut-turut.

Menurut anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, kejayaannya hari ini adalah hasil prinsip hidup yang dipegang dan menjadi amalannya sepanjang bergelar pelajar.

“Prinsip hidup yang menjadi amalan sepanjang di universiti banyak membantu saya menguruskan kehidupan sebagai pelajar.

“Amalan tersebut yang menjadi rutin harian masyarakat dewasa ini tidak patut diabaikan kerana sebagai seorang pelajar perkara-perkara ini juga perlu dititikberatkan.

“Alhamdulillah, saya mungkin antara yang bertuah kerana amalan tersebut selain membantu dalam proses pembelajaran ia juga sedikit sebanyak memudahkan urusan kerja harian,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Berbicara lebih lanjut mengenai tiga amalannya itu, anak bongsu daripada tiga beradik ini menjelaskan, menjaga solat dengan solat diawal waktu perlu diutamakan demi mendapatkan keredaan ALLAH selain memohon pertolonganNya untuk memudahkan urusan menuntut ilmu.

Seterusnya, amalan kedua pula adalah menjaga hubungan sesama manusia dan yang paling utama adalah hubungan dengan ibu bapa.

Bagi Muhammad Nasri, walaupun sibuk dengan kehidupan di kampus, ibu bapa perlu diutamakan dan cukuplah menelefon setiap hari untuk bertanya khabar.

Pada masa yang sama, Muhammad Nasri juga utamakan hubungannya dengan pendidik dalam usaha memastikan ilmu yang diterima lebih berkat.

Jelasnya, sebagai seorang pelajar, dia juga perlu mendalami adab menuntut ilmu supaya lebih fokus ketika proses pembelajaran di dalam kelas berlangsung.

Muhammad Nasri juga berpendapat, tanggungjawab juga perlu diterapkan dalam diri seorang pelajar sekiranya ingin memperoleh keberkatan dalam setiap kejayaan.

Dan yang terakhir, Muhammad Nasri turut menjaga hubungan sesama rakan.

Sebagai penuntut universiti juga katanya, hubungan dengan rakan amat penting di mana aktiviti atau kerja berkumpulan sememangnya memerlukan pertolongan antara satu sama lain.

“Bagi saya hubungan baik dengan rakan ini perlu dijaga kerana setiap seorang bergantung antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya sarankan untuk bergaul dengan semua orang tanpa mengira perbezaan budaya atau agama dan ini juga membantu kita mengenali bangsa lain yang ada di negara ini,” jelasnya lagi.

Di sini Sinar Bestari senaraikan pencapaian Muhammad Nasri dalam bidang akademik yang diperolehnya sepanjang empat tahun pengajian di USM.

1. Anugerah Dekan (dari semester 1 hingga semester 8).

2. Anugerah Hadiah Kepujian ( Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4) - Pelajar yang memperoleh keputusan yang terbaik bagi setiap sidang akademik.

3. Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja kepada pelajar terbaik dalam segala lapangan (Kategori Bumiputera).

4. Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia kepada pelajar tahun akhir terbaik bagi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dihadiahkan oleh Hashim & Neh Sdn Bhd.

5. Hadiah Buku Universiti Sains Malaysia kepada pelajar tahun akhir terbaik bagi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dihadiahkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

6. Penerima Hadiah Buku Institution of Structural Engineers (IStructE) 2021.

Artikel berkaitan

Diuji kehilangan bapa bukan penghalang raih ijazah sekali gus terima Hadiah Pingat Emas USM

Sukarelawan USM siap sedia misi bantuan banjir

3 pelajar USM lakar kejayaan dalam pertandingan ICT


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok