WhatsApp Image 2021-12-30 at 5.41.22 PM (11)
WhatsApp Image 2021-12-30 at 5.41.22 PM (11)

40 sukarelawan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub redah selut, lumpur bantu mangsa banjir

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
30 Dec 2021 05:48pm

RAUB - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub mengambil sikap peka dan prihatin dengan situasi banjir yang melanda.

Dengan itu, pihak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah sekali lagi membentuk kumpulan sukarelawan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terdiri dari kalangan warga (staf) dan pelajar UiTM Cawangan Pahang.

Keadaan semasa di salah satu rumah yang terjejas akibat banjir di Pahang.

Beberapa daerah di negeri Pahang mengalami taburan hujan yang tinggi pada Disember 2021 dan fenomena ini menyebabkan beberapa daerah ditimpa bencana banjir khususnya Raub, Bentong, Lipis, Kuantan serta beberapa kawasan lain.

Musibah bencana ini telah memberi kesan kepada penduduk di mana rumah-rumah kediaman ditenggelami air, kerosakan harta benda dan tanaman serta yang lebih menyedihkan lagi berlakunya insiden kehilangan nyawa.

BACA JUGA: Politeknik Merlimau salur bantuan kepada mangsa banjir

BACA JUGA: UMT gerak skuad banjir, agih sumbangan RM22,400

Antara sukarelawan yang membantu mengeluarkan lumpur di dalam rumah.

Kumpulan sukarelawan ini yang diketuai oleh Dr. Mohamad Sahizam Musa, telah turun menyantuni mangsa-mangsa banjir di dua lokasi di negeri Pahang iaitu di Benus, Bentong pada 23 Disember 2021 dengan kekuatan 40 sukarelawan dan di Taman Sagumpas 1, Mentakab pada 28 Disember 2021 dengan kekuatan 20 sukarelawan.

Menurut beliau, kerja-kerja pembersihan kediaman warga dan pelajar UiTM yang telah diselaputi lumpur dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan sukarelawan ini.

“Selain itu, sumbangan berbentuk pakaian, makanan, barangan keperluan harian dan sebagainya turut disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

“Barangan sumbangan ini juga turut dihantar ke beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub menerusi Penolong Rektor, Dr. Jazimin Zakaria.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Semoga usaha murni kumpulan sukarelawan daripada UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat,” ujar beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp