Untitled design
Untitled design

41 MPP UUM terima watikah pelantikan, nekad jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin

Roshlawaty Md Raieh
27 Jan 2022 11:58am
A
A
A

Seramai 41 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2021/2022 menerima watikah pelantikan yang disampaikan Naib Canselor, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah di Bilik Mesyuarat Senat, kelmarin.

Profesor Dr Haim dalam ucapannya berkata, kematangan mengamalkan politik kampus pada 16 Disember lalu dilihat sebagai satu proses pengundian dan pelaksanaan yang dijalankan dengan sempurna sekali tanpa sebarang permasalahan besar.

Katanya lagi, pemilihan sebagai MPP UUM bukanlah semata-mata kejayaan populariti sebaliknya ia merupakan satu pemberian amanah iaitu kejayaan yang diiringi tanggungjawab besar untuk digalas nanti.

“Tahniah kepada barisan pelajar yang terpilih melalui pilihan raya kampus yang berlangsung secara dalam talian sepenuhnya buat kali kedua akibat pandemik Covid-19.

“Saya berharap anda dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tambah beliau, akibat pandemik Covid-19 semua pihak menerima kesan untuk mengubah cara berfikir dan bertindak.

Baca juga Alumni MRSM jadi Pegawai Wanita TLDM pertama miliki kepakaran dalam bidang peluru dan letupan, mengagumkan!

Baca juga “Cikgu, saya dah lama teringin nak makan McDonalds, tapi ayah kata mahal”

Oleh itu, Profesor Dr Haim menasihatkan kepada pelajar yang dipilih sebagai pemimpin supaya berhati-hati dengan tindakan yang akan diambil termasuk menjaga reputasi universiti.

“Sebagai pemimpin yang dipilih kita bukan sahaja perlu merancang tetapi hendaklah bijak dalam melaksanakan apa yang direncanakan nanti agar memuaskan hati pengikut kita,” katanya dengan menambah dalam zaman keterbukaan ini, universiti sangat mengalu-alukan penglibatan pelajar dalam membuat keputusan secara bersama termasuk penglibatan MPP UUM dalam Mesyuarat Senat dan mesyuarat-mesyuarat lain yang memerlukan pandangan dan penglibatan pelajar.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan barisan MPP yang bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ledakan media sosial supaya bijak bertindak dalam mengeluarkan sebarang pandangan nanti.

“Pengurusan universiti akan terus mencari kaedah dan jalan terbaik untuk memastikan pengurusan pelajar tetap terjamin.

“Saya yakin dan percaya kesefahaman antara pelajar dan kampus akan melahirkan strategi yang terbaik untuk kelangsungan universiti sekiranya kita saling menghormati kerana pihak pengurusan dan pemimpin pelajar berpisah tiada.

“Moga hubungan MPP UUM dan pengurusan dijalin dengan penuh rasa hormat, saling memahami dan bekerjasama,” katanya.

MPP 2021/2022 menyaksikan Muhammad A’Linur Ahlam Abu Bakar mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua dan telah mengetuai bacaan lafaz ikrar yang turut disaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

INFO

Senarai ahli MPP UMM 2021/2022

Yang Dipertua: Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar

Setiausaha Agung: Muhammad Azri Mizra

Naib Yang Dipertua: Muhammad Alif Haiqal Amran

Bendahari Kehormat: Nurul Izzah Rosman

Timbalan Naib Yang Dipertua I (Akademik): Kaavilash Nair A/L Jason Raja

Timbalan Naib Yang Dipertua II (Kebajikan): Nazatul Amira Sa'aban

Timbalan Naib Yang Dipertua III (Pembangunan Mahasiswa): Nur Amira Aqilah Mohd Khairul Nuzul

Setiausaha Pentadbiran: Nurul Najiha Byrose Khan

Setiausaha Korporat: Siti Adilah Balqis Mohd Affendy

Eksekutif Latihan dan Akademik I: Dhia Qistina Khairunnizam

Eksekutif Kokurikulum dan Latihan Industri II: Nur Fazira Zaifol Akuar

Eksekutif Keusahawanan dan Kerjaya II: Eisya Shuhaina Ezatie Mohd Shukri

Eksekutif Kesukarelawanan I: Mohamad Sufian Mohd Rozaini

Eksekutif Residensi dan Pengangkutan I: Levdia Nanee Eunick Anak Mackinon

Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan I: Muhammad Iman Hanafi Aizam

Eksekutif Perkhidmatan dan Fasiliti III: Nur Madihah Mohd Mubarok

Eksekutif Sukan dan Kebudayaan III: Muhammad Daniel Firdaus Mazilan

Eksekutif Pembangunan Sahsiah dan Moral I: Muhammad Idzham Syah Othman

Eksekutif Kelab dan Persatuan I: Siti Nazihah Tan Amir

Eksekutif Antarabangsa dan Pascasiswazah II: Wong Yong Kai

Eksekutif Multimedia I: Puteri Nor Syazwani Yahya

Eksekutif Hal Ehwal Aduan dan Krisis II: Izzah Auni Mahyuddin

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok