665 pelajar baharu UPSI disaran amal budaya ‘BAIKK’
665 pelajar baharu UPSI disaran amal budaya ‘BAIKK’

665 pelajar baharu UPSI disaran amal budaya ‘BAIKK’

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
28 Mar 2022 07:31pm

Pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran mengamalkan budaya Bangga (B), Adab (A), Ilmu (I), Keluarga (K) serta Kreativiti dan Inovasi (K) atau BAIKK bagi memantapkan penampilan mereka.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, budaya BAIKK itu perlu difahami dan dihayati untuk mencorakkan personaliti pelajar supaya cemerlang, bukan sahaja dalam akademik malah sahsiah diri masing-masing.

Beliau berkata, pelajar perlu aktif berkreatif dan inovatif bagi memanfaatkan pembelajaran bersama akademia UPSI, yang kebanyakan adalah pakar dalam program pengajian.

“Dalam mengharungi cabaran kerjaya masa kini, pelajar perlu memiliki nilai murni seperti berasa bangga menjadi pelajar UPSI supaya dapat mencipta kecemerlangan diri sebelum bergraduat,” katanya ketika berucap pada majlis ikrar pelajar baharu pengambilan Mac sesi 2021/2022 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, di Proton City.

Beliau juga berkata, pelajar tidak harus melupakan harapan keluarga yang mana ia akan mendorong pelajar untuk tekun dalam mengejar ilmu di universiti.

Baca juga 

Cuaca panas di Malaysia: Ini langkah sesuai bantu guru dan pelajar lancarkan urusan seharian

Cakna murid berisiko cicir demi kelestarian masyarakat dan negara

Seramai 665 pelajar baharu selesai menjalani program orientasi yang melibatkan tujuh buah fakulti iaitu Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan; Fakulti Sains Kemanusiaan; Fakulti Sains dan Matematik; Fakulti Pembangunan Manusia; Fakulti Teknikal dan Vokasional; Fakulti Muzik dan Seni Persembahan serta Fakulti Pengurusan dan Ekonomi.

Walaupun program orientasi kali ini disambut dalam suasana yang sederhana dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), namun ia tidak menjadi halangan untuk pelajar merasai kemeriahan program tersebut setelah sekian lama dijalankan secara dalam talian.

Md Amin yang turut membantu seorang pelajar Orang kurang Upaya (OKU) dari Melaka, Faizatul Iwani Mohamad Alwi, telah memberi kata-kata semangat agar dapat meneruskan pembelajaran di universiti dengan baik sehingga tamat pengajian.

Pembacaan ikrar yang diketuai Andi Hussaini (kanan).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin berharap, semua pelajar baharu memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh universiti dalam pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Dalam perkembangan lain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Kaunseling dari Fakulti Pembangunan Manusia, Andi Hussaini Mapanyukri mewakili pelajar baharu membaca ikrar di hadapan pengurusan tertinggi universiti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp