Agih lebih 4,000 bungkusan, bubur lambuk Politeknik Merlimau dapat pujian ramai
Agih lebih 4,000 bungkusan, bubur lambuk Politeknik Merlimau dapat pujian ramai

Agih lebih 4,000 bungkusan, bubur lambuk Politeknik Merlimau dapat pujian ramai

Roshlawaty Md Raieh
27 Apr 2022 11:49am
A
A
A

MERLIMAU – Politeknik Merlimau (PMM) dengan Kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) Negeri Melaka berganding bahu dalam melaksanakan Program Imarah Ramadan (IMRAN) iaitu menyediakan bubur lambuk perdana melibatkan 224 pelajar dan pensyarah Jabatan Pelancongan & Hospitaliti sebagai tenaga kerja.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, chef yang bertugas dalam memastikan kualiti masakan bubur lambuk PMM pada kali ini adalah pensyarah yang telah menjuarai Pertandingan Bubur Lambuk Menara KL pada tahun 2017.

“Alhamdulillah, ini merupakan salah satu kepakaran yang PMM ada bagi memberi manfaat kepada masyarakat terutama bagi kawasan Merlimau.

“Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau merangkap Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh yang turut hadir telah memberi pujian terhadap penyediaan bubur lambuk ini sewaktu proses edaran kepada orang ramai,” katanya.

Norizam (empat dari kanan) bersama Umi Kalsom (baju putih) mengacau bubur lambuk yang disediakan chef dan pelajar PMM.

Dalam majlis tersebut, Norizam bersama Pengurus Besar Kanan Jabatan Dasar PTPTN, Umi Kalsom Mohd Yusoh dan Pengurus Besar PTPTN Negeri Melaka, Mas Anisah Ayu Othman juga hadir bagi melihat proses memasak dan pembungkusan bubur lambuk yang berlangsung di Perkarangan Dewan Platinum.

Sementara itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Zan Aizuwan Zainal Abidin berkata, sebanyak 10 periuk besar telah disediakan yang mana dapat menghasilkan 4,000 bungkusan bubur.

“Kami berjaya edarkan bubur ini untuk semua warga kerja PMM, PTPTN, agensi kerajaan sekitar Merlimau dan juga kepada masjid serta surau.

“Kami berharap dengan pengagihan ini sedikit sebanyak dapat membina hubungan erat antara PMM bersama agensi di Merlimau,” katanya.

Norizam (kanan) mengiringi Dr Muhammad Akmal bagi proses penyerahan bubur lambuk kepada pelajar dan para staf PMM, baru-baru ini.

Dr Muhammad Akmal bersama warga PMM dan PTPTN usai sesi pengagihan bubur lambuk di perkarangan Dewan Platinum.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok