"Anugerah Pelajaran Diraja ini khas untuk ayah dan ibu" - Iszuzuldin anak si pemandu e-hailing
"Anugerah Pelajaran Diraja ini khas untuk ayah dan ibu" - Iszuzuldin anak si pemandu e-hailing

Asah kemahiran menulis menerusi Bengkel Penulisan Berita

Roshlawaty Md Raieh
14 Nov 2022 03:10pm
A
A
A

Sebagai seorang mahasiswa, mereka seharusnya mempelajari pelbagai kemahiran sebagai nilai tambah untuk menceburi dunia kerjaya kelak.

Ini diakui sendiri Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Ghazali Din kepada Sinar Bestari.

Katanya, siswa yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu membolehkan mereka melangkah ke alam pekerjaan dengan mudah.

Ini kerana, kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan kepada mereka.

Memandangkan kepentingan kemahiran kepada mahasiswa, Ghazali ‘turun padang’ berkongsi ilmu dengan 100 pelajar Kolej Kediaman UPSI menerusi Bengkel Penulisan Berita, baru-baru ini.

Bengkel anjuran Majlis Mahasiswa Kolej (MMK), Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), UPSI itu bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menghasilkan penulisan berita yang sempurna berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh.

Dalam bengkel tersebut, Ghazali berkata, peserta perlu cekap menghidu program atau pencapaian universiti untuk diuar-uarkan kepada media massa sama ada menerusi akhbar bercetak atau dalam talian.

“Sebagai warga kampus, kita perlu memahami konsep pemberitaan setiap agensi media bagi memudahkan urusan penerimaan bahan untuk siaran mereka.

“Setakat ini, UPSI mempunyai hubungan baik dengan semua media sekaligus menjadi bonus untuk universiti berkongsi apa jua informasi dari kampus,” ujarnya.

Sementara itu, Pengetua KHAR, Dr Che Anuar Che Abdullah berpendapat, peserta perlu mengambil peluang sebaik mungkin dalam memperoleh ilmu penulisan yang bertujuan meningkatkan imej kolej kediaman dan universiti.

Bagi Pengarah Program, Farah Adila Azim pula, bengkel berkenaan berupaya mendedahkan peserta mengenai teknik penulisan berita yang bersesuaian dengan format penulisan berita di akhbar.

Manakala Yang Dipertua MMK KHAR, Awangku Zaini Awang Zainal berpandangan, usaha penganjur mengadakan Bengkel Penulisan Berita itu memberi faedah kepada para peserta dalam mempelbagaikan kemahiran insaniah sebelum bergraduat.

Artikel berkaitan 

Impian ratu kayak ke UPSI akhirnya termakbul!

Masa depan ragbi wanita UPSI dan UM cerah

Pelajar KV Keningau cemerlang di peringkat antarabangsa, dinobatkan juara pertandingan menulis haiku


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok