F88EC042-435C-4A38-B97F-58DA1CEE8418
F88EC042-435C-4A38-B97F-58DA1CEE8418

30 lepasan matrikulasi dapat tajaan pengajian di Australia

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 12:01pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu hantaran di Facebook mengiringi pelepasan 30 pelajar cemerlang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan Matrikulasi ke luar negara.

Baca juga

93 pelajar cemerlang dapat tajaan biasiswa TNB

TNB peruntuk tajaan RM120 juta kepada 331 pelajar cemerlang SPM 2020

Mereka telah berlepas ke Australia bagi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menurut KPM, pelajar akan mengikuti pengajian di universiti yang tersenarai dalam ‘Top 100 QS World University Rankings’ di Australia dalam bidang Matematik, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Komputer.

Wakil KPM mengiringi pelepasan pelajar-pelajar cemerlang di KLIA.

Senarai universiti terkemuka tersebut termasuk Australian National University, University of Queensland, University of Sydney, University of New South Wales dan University of Melbourne.

Hadir sama pada sesi pelepasan pelajar tajaan KPM, Setiausaha Bahagian Tajaan Pendidikan, Mazlina Munawar.

Hantaran tersebut meraih sebanyak 3,600 tanda suka, 343 perkongsian dan 291 komen daripada warganet.

Dalam pada itu, pemilik akaun Muhammad Zaki, beliau berharap pelajar-pelajar tersebut bersiap sedia berkhidmat dengan Malaysia setelah pulang dari Australia nanti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Manakala, bagi Mashitah Hayati pula, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih.

“Tahniah adik-adik. Balik nanti didik kembali pelajar matrikulasi KPM,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok