WhatsApp Image 2022-01-22 at 11.55.08 AM
WhatsApp Image 2022-01-22 at 11.55.08 AM

Bengkel Asas Penulisan Berita beri manfaat kepada pelajar

Roshlawaty Md Raieh
28 Jan 2022 04:55pm
A
A
A

Lebih 200 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai program Bengkel Asas Penulisan Berita yang dianjurkan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan buat julung kalinya itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar UPM tentang asas penulisan dan penerbitan berita supaya pelajar dapat mempromosikan program mereka dalam media massa.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, bengkel tersebut memberi latihan asas dalam kemahiran menulis berita kerana penulisan genre berkenaan merupakan cabang yang berbeza dengan penulisan lain.

“Tidak ramai yang mempunyai kemahiran menulis berita dengan baik hingga boleh menarik perhatian pembaca dan mempromosikan program yang telah dilaksanakan.

“Justeru, besar harapan saya agar bengkel ini akan memberi manfaat kepada semua peserta supaya mereka dapat mengaplikasikan segala teknik penulisan berita yang telah dipelajari untuk menulis lebih banyak berita kelak,” katanya.

Dr Nur Izura

Bengkel Asas Penulisan Berita yang berlangsung selama tiga jam itu, disampaikan oleh Rahmawati Nurdin yang merupakan bekas wartawan penyiaran dan kini bertugas sebagai fasilitator bagi kursus Pembangunan Kesukarelawanan, UPM.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan semasa bengkel berlangsung seperti penulisan tajuk berita, penulisan kapsyen gambar menggunakan platform padlet dan banyak lagi.

Sementara itu, bengkel berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peserta yang menyertainya.

Baca juga Pentingnya belajar Sains dan Teknologi, para pelajar kena kuasai

Baca juga Pendaftaran Murid Tahun 1 2023 – 2024, ibu bapa boleh buat pendaftaran bermula 1 Mac 2022

Masing-masing menganggap program itu lain daripada yang lain, sangat bermanfaat dan dapat menjadi nilai tambah kepada mereka.

Seorang pelajar Doktor Perubatan UPM, Sharmaine Nabila Mohd Roziman berkata, bengkel itu bukan sahaja memberi pengalaman untuk mengasah minda tetapi ia turut memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran diri dari segi penulisan berita.

Sharmaine Nabila

Malah katanya lagi, kefahaman yang lebih mendalam terhadap struktur, komponen utama pemberitaan dan banyak lagi dapat melatih peserta menulis berita dengan menggunakan bahasa dan format yang betul.

Selain itu, turut berlangsung Hari Kesukarelawanan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM yang menampilkan para pelajar Pembangunan Kesukarelawanan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar UPM dan menolong mangsa banjir di Bukit Changgang dan Hulu Langat.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok