EC8DE4AD-5E9E-4A26-855F-8DF63E96987C
EC8DE4AD-5E9E-4A26-855F-8DF63E96987C

IBIC galak inovasi dalam kalangan pelajar, turut terima penyertaan pelajar luar negara

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
18 Feb 2022 06:09pm

CYBERJAYA - Seramai 143 peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Filipina, Bangladesh dan United Kingdom telah menyertai pertandingan Cabaran Idea Perniagaan Antarabangsa (IBIC) anjuran Universiti Multimedia (MMU), semalam.

Bertemakan ‘Pendigitalan Perniagaan dalam Norma Baharu’, IBIC menggabungkan Pameran Idea e-Perniagaan & Keusahawanan Antarabangsa (eBES) dan Pertandingan Usahawan Muda Sosial Antarabangsa (IYSEC).

Baca juga

3 Penyelidik MMU tersenarai antara Top 2% Scientists in the World

MMU Tawar Yuran Istimewa Pengambilan September 2021

Presiden MMU, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud menyifatkan penglibatan para peserta dari lima buah negara antarabangsa tersebut sesuatu yang memberangsangkan.

“Di MMU, kami sedar sepenuhnya bahawa inovasi adalah kunci kepada pertumbuhan sebenar.

“Inilah sebab di sebalik penganjuran IBIC ini, kerana ia menjemput beberapa pakar terbaik di rantau ini untuk membangunkan idea baru kepada pendatang baru dan penyandang industri.

“Melihat MMU berjaya menarik sejumlah besar pasukan dengan meminta mereka berkongsi idea baharu mereka, bagi saya ia merupakan hasil yang sangat memuaskan,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang IYSEC, Arsyika Mutia Damayanti dari Indonesia berkata dia mendapat pengalaman menarik sepanjang menyertai pertandingan IBIC.

Menurutnya, pertandingan IBIC mengajar peserta berfikiran kritis untuk menyelesaikan masalah dengan idea sendiri.

“IBIC benar-benar mencabar kerana secara langsung atau tidak langsung anda akan belajar bagaimana untuk memaksimumkan sumber yang ada bagi menghasilkan pembentangan idea yang menarik.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur IBIC yang telah memberi peluang kepada ramai pelajar supaya dapat memainkan peranan aktif menggunakan kepekaan dan intuisi ketika membuat inovasi,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Fakulti Perniagaan (FOB) MMU, Yayasan Universiti Multimedia (YUM), Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah dan MTG Capital.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp