msu ueda
msu ueda

Kolaborasi MSU dan UEDA College of Fashion, lahir bakat pereka fesyen muda

Rasyidah Zulkifi
25 Jul 2022 11:35am
A
A
A

SHAH ALAM – Industri kreatif khasnya bidang fesyen merupakan antara penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara.

Institusi pendidikan tinggi (IPT) berperanan melahirkan ramai pereka berdaya saing dalam industri fesyen negara dan antarabangsa.

Management & Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) dengan kerjasama UEDA College of Fashion, peneraju sekolah fesyen menganjurkan 'MSU Fashion Week 2022' bermatlamat untuk meraikan kolaborasi di antara kedua-dua buah IPT yang telah memasuki tahun ke-5 semenjak 2018 serta bersempena 40 tahun Dasar Pandang ke Timur, Malaysia dan Jepun.

Ia merupakan platform untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pereka fesyen muda bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Rekaan Fesyen MSU di pentas peragaan.

Secara keseluruhannya, 68 rekaan busana oleh 30 penuntut diperagakan berkonsepkan Malaysia Chronicle Collection (inspirasi daripada elemen kepelbagaian bangsa, budaya dan gaya hidup di Malaysia) serta koleksi UEDA Gakuen Fashion Show 2022 yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 14: Life below Water.

Tetamu kehormat, pengurusan kanan MSU, wakil kedutaan Jepun di Malaysia, rakan industri, penaja serta penuntut antara yang hadir pada pelancaran 'MSU Fashion Week 2022'.

Hadir pada majlis pelancaran program tersebut adalah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Director Japan Information Service First Secretary Kedutaan Jepun di Malaysia, Nagai Tomoko dan Presiden UEDA College of Fashion, Hitoshi Tajima.

Turut hadir, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid, pengurusan kanan MSU, wakil kedutaan Jepun di Malaysia, rakan industri, penaja serta penuntut.

Kerjasama strategik di antara MSU dan UEDA College of Fashion menyaksikan penuntut Rekaan Fesyen MSU telah mendapat pendedahan antarabangsa melalui pengalaman pembelajaran, perkongsian kemahiran, penganjuran bengkel, pentas peragaan serta pengkomersialan.

Semenjak 2018, penuntut MSU telah mendapat peluang mengetengahkan rekaan mereka di pentas pertunjukan dan pameran fesyen UEDA Gakuen Collection di Osaka, Jepun yang dianjurkan oleh UEDA College of Fashion.

Usaha MSU dalam mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi menyaksikan MSU berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam kalangan #151-200 di dunia bagi subjek Art and Design (Fashion Design) pada edisi 2022 QS World University Rankings by Subject.

Sementara itu, bagi subjek Hospitality and Leisure Management, MSU berada pada kedudukan kelima terbaik di Malaysia dalam kalangan #101-150 terbaik di dunia.

Selain itu, kualiti jenama MSU turut diiktiraf sebagai penerima 'Malaysia Tourism Council Gold Award School of Tourism and Hospitality' dan Malaysia Centre of Excellence of the Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM).

Artikel berkaitan 

Sukarelawan MSU tunai tanggungjawab, hulur 200 kotak bantuan untuk B40 

MSU anjur majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim 

MSU jalin kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok