MDEC
MDEC

MSU diiktiraf institusi PDTI

Norliza Wasilan
26 Sep 2022 03:48pm
A
A
A

Inisiatif MDEC untuk pelajar mendapat persediaan optimum dalam bidang digital.

Sejak tercetus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada pertengahan tahun 2016, ia telah memberikan impak positif dalam memperkasakan penjanaan modal insan mahir khususnya melibatkan teknologi automasi, termasuklah sektor perkhidmatan dan perindustrian negara serta bidang kritikal lain.

Malah, ia turut membawa perubahan kepada semua pihak seiring transformasi digital dan selaras dengan kemajuan landskap dunia moden.

Laporan Perkembangan Pekerjaan di Malaysia oleh Linkedln pada 2019 menunjukkan bidang digital adalah tinggi, manakala bagi bidang bukan berasaskan digital turut meningkat lima kali ganda di rantau Asia Pasifik.

Management & Science University (MSU) telah mengadaptasi perkembangan revolusi IR 4.0 apabila turut sama memenuhi keperluan teknologi berkenaan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan keperluan semasa industri.

Ia termasuk keperluan tenaga pengajar yang dilengkapi pengalaman industri, kolaborasi dengan lebih 2,000 rakan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP), penempatan latihan industri dan kerjaya serta pengiktirafan antarabangsa menerusi peningkatan ranking universiti di peringkat global.

Pendekatan itu telah menyaksikan MSU melalui Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) telah dianugerahkan status Institusi Teknologi Digital Premier atau Premier Digital Technology Institution (PDTI) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Inisiatif PDTI oleh MDEC dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini bertujuan untuk memastikan pelajar mendapat persediaan optimum khususnya dalam bidang analitis data, kecerdasan buatan, robotik dan pemasaran digital bagi memenuhi permintaan meningkat graduan sains komputer yang kompeten dan holistik.

Pada 2021, inisiatif PDTI telah memanfaatkan lebih 30,000 pelajar universiti dan politeknik menerusi penyertaan 11 universiti dan lima politeknik termasuk 593 pensyarah yang menerima latihan manakala kadar kebolehpasaran graduan mencecah 95 peratus.

Sementara kadar purata gaji graduan direkodkan pada kadar 1.5 kali lebih tinggi daripada purata gaji graduan negara.

Artikel berkaitan

Pelajar MSU promosi warisan budaya Malaysia di Uzbekistan, jalin hubungan melalui kebudayaan

MSU College Sarawak anjur program jalinan komuniti

Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok