277355398_7661797397178841_2642172648165226308_n (2)
277355398_7661797397178841_2642172648165226308_n (2)

Pelajar UUM memeriahkan ibadah tarawih pada malam pertama, tanda peralihan ke fasa endemik

Adlan Farhan Azwan
05 Apr 2022 12:46pm
A
A
A

SINTOK - Setelah lebih dua tahun mengharungi pandemik Covid-19, buat pertama kali umat Islam menunaikan solat sunat tarawih di bulan Ramadan secara berjemaah mengikut kapasiti penuh masjid tanpa penjarakan fizikal baru-baru ini.

Begitu juga di Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang boleh menampung seramai 5,000 jemaah.

Turut mengimarahkan solat tarawih ialah Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah bersama-sama pegawai-pegawai kanan universiti, kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat.

Baca juga

Pelajar UTAR terima kit kebersihan dari MR D.I.Y, bantu kekal selamat semasa peralihan fasa endemik

5 cara semarakkan motivasi pelajar dalam fasa endemik

Menurutnya, beliau bersyukur kerana pada tahun ini sekali lagi umat Islam dipertemukan dengan bulan Ramadan iaitu bulan untuk meningkatkan amal ibadah dan dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa mencarinya.

“Bagaimanapun dalam mencari keredaan dan keberkatan di bulan mulia ini, semua jemaah yang hadir masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun negara sudah berada di fasa peralihan ke endemik,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau juga gembira apabila kali ini dapat berjemaah beramai-ramai dalam keadaan saf dirapatkan, selain berpeluang menunaikan solat tarawih bersama staf dan pelajar UUM.

Selesai solat tarawih, Haim Hilman telah beramah mesra dengan pelajar yang hadir dan beliau mengambil peluang itu untuk memberi pesanan kepada semua pelajar berkenaan agar belajar bersungguh-sungguh, sentiasa mendoakan kedua ibu bapa dan mengenang jasa mereka yang telah banyak berkorban demi kesenangan anak-anak.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam, Zar Ei Zakaria berkata, sepanjang menunaikan ibadah solat di masjid itu, semua jemaah perlu memakai pelitup muka, digalakkan membawa sejadah sendiri, mengimbas kod MySejahtera di pintu masuk masjid serta sanitasi tangan sebelum dan selepas solat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Alhamdulillah, akhirnya umat Islam dapat menunaikan solat tarawih setelah lebih dua tahun terpaksa solat dalam keadaan penjarakan satu meter antara jemaah, sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam mendirikan solat pada satu masa.

“Saya juga mengalu-alukan semua jemaah untuk mengajak ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan bagi memeriahkan Ramadan dengan amalan ibadah dan taubat. Pasti seronok iftar bersama-sama dan ke masjid untuk tarawih tahun ini,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok