
Skim pinjaman komputer dibuka kepada pelajar Mara, mohon sebelum 18 April depan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membuka permohonan skim pinjaman komputer kepada pelajarnya, baru-baru ini.
Skim ini diwujudkan untuk membantu pelajar di Institusi Pendidikan Mara (IPMa) memiliki komputer.
Baca juga
Program pinjaman pendidikan Mara telah dibuka, pelajar IPT mohon sebelum 15 April depan
Kolej Profesional Mara Bandar Melaka serah sumbangan untuk golongan asnaf di Langkawi
Ini bagi memudahkan mereka dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pinjaman ini perlu dibayar semula secaran ansuran dalam tempoh 18 bulan tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
Amaun maksimum disumbangkan adalah sebanyak RM3,000 tertakluk kepada harga sebenar komputer.
Bayaran ansuran bermula selepas IPMa tamat pengajian dan perlu dibuat sepenuhnya.
Mereka tidak layak memohon sebarang pengurangan bayaran balik pinjaman yang diberikan.
Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan https://aplikasi.mara.gov.my/skip sebelum 18 April depan.
Permohonan akan diproses dalam tempoh masa tiga bulan bermula tarikh borang dihantar.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Sekiranya tiada maklum balas sepanjang tempoh itu, permohonan pinjaman dianggap tidak berjaya.
Bagaimanapun, semakan status boleh dibuat menerusi wakil Person In Charge (PIC) di mana-mana pusat pengajian di bawah Mara.
Mohon sekarang!