UMT mantap proses simpanan data umt universiti malaysia terengganu capai skala 5 bintang
UMT mantap proses simpanan data umt universiti malaysia terengganu capai skala 5 bintang

UMT mantap proses simpanan data, capai skala 5 bintang

Rasyidah Zulkifi
11 May 2022 05:13pm
A
A
A

KUALA NERUS- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat skala lima bintang dalam penarafan Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam (MyMohes), tahun lalu.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan khusus buat warga universiti berkenaan.

Baca juga

Pemilihan MPP UMT dibuat secara dalam talian, elak jangkitan Covid-19

UMT dan NUUz jalin kerjasama, fokus pelan pemulihan Covid-19

“Alhamdulillah, UMT berjaya mencapai lima bintang dalam penarafan MyMohes bagi tahun 2021. Lebih membanggakan dapat menjadi antara tiga universiti awam yang meraih skor 100 peratus berbanding 20 institusi pengajian tinggi dalam negara.

“UMT terus memburu pengiktirafan dan pencapaian di pelbagai peringkat sama ada nasional mahupun antarabangsa.

“Syabas dan tahniah kepada warga UMT yang komited serta berusaha keras dalam memastikan universiti berada pada kedudukan yang terbaik,” katanya.

MyMohes diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan untuk menilai tahap kesediaan institusi pengajian tinggi bagi sistem penyaluran maklumat dan juga simpanan data pelajar, kakitangan dan penyelidikan.

Penilaian skala dilakukan berdasarkan kriteria dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh KPT iaitu masa penghantaran (20 peratus), kesempurnaan data (40 peratus) dan kualiti data (40 peratus).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

UMT yang dikenali dengan slogan ‘Terokaan seluas lautan demi kelestarian sejagat’ itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan seperti penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok