MoU UniMAP-OTH 1
MoU UniMAP-OTH 1

Usaha perkasakan TVET negara, jalin kerjasama dengan universiti di Jerman

Rasyidah Zulkifi
15 Jul 2022 05:52pm
A
A
A

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Ostbayerische Technische Hochschule (OTH) Regensburg memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh jaringan strategik dan kolaborasi antarabangsa di Jerman.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli, perjanjian kedua-dua belah pihak ini dilihat dapat memperkaya pengalaman serta memberi pendedahan teknikal yang meluas kepada pelajar dan staf UniMAP sejajar dengan hasrat pemerkasaan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Zaliman (kanan) menandatangi MoU dengan OTH Regensburg yang diwakili Oliver Steffens.

“Kolaborasi UniMAP-OTH ini melibatkan pertukaran kepakaran, pembangunan kakitangan (profesional dan akademik), promosi pendidikan, pengetahuan dan teknologi.

“Ia juga melibatkan latihan dan pembangunan untuk pelajar serta kakitangan selain memberi peluang melaksanakan ‘post-doctoral studies’ yang akan menempatkan pensyarah UniMAP di OTH Regensburg untuk menjalankan penyelidikan.

“Kerjasama ini turut memberi tumpuan terhadap bidang penderia semikonduktor dan mikroelektronik yang diketuai oleh Profesor Madya Ts Dr Muhammad Mahyiddin Ramli, di mana UniMAP turut diberi pengiktirafan sebagai Hub Pembuatan (Semikonduktor) ketika Minggu TVET Negara baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada majlis itu, hadir sama, Naib Presiden Penyelidikan dan Antarabangsa OTH Regensburg, Profesor Dr Oliver Steffens, Dekan-dekannya dan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik UniMAP, Profesor Madya Ir Dr Ruslizam Daud.

Info

OTH Regensburg merupakan salah sebuah universiti awam terkemuka di Bavaria, Jerman yang diasaskan pada 1971.

Universiti ini terkenal dengan kecemerlangannya dalam bidang teknikal dan penyelidikan merangkumi Sains Gunaan, Mikroelektronik, Tenaga Boleh Diperbaharui, Teknologi Penderia, Mekatronik, Biokejuruteraan, Sains Komputer dan Kejuruteraan Automotif. 

Artikel berkaitan

MQA jalin kerjasama dengan 8 IPT tempatan

UMP dan HsMA Jerman bakal tawar program dual ijazah kejuruteraan perniagaan

Dedah pendidikan TVET di peringkat sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok