HomeIPT‘Chromebook’ atau komputer riba? Peranti manakah mampu milik buat bakal penuntut IPT

Artikel Berkaitan

‘Chromebook’ atau komputer riba? Peranti manakah mampu milik buat bakal penuntut IPT

Rata-rata pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 sudah menamatkan kertas peperiksaan akhir mereka.

Bagi yang sudah membuat permohonan secara dalam talian di UPUOnline pasti sedang membuat persiapan bagi menyambung pengajian tinggi.

Baca juga

Sultan Kedah berkenan sumbang tv pintar, komputer riba, kemudahan Astro tv kepada sekolah terpilih

Perkara asas yang perlu diketahui sebelum membeli komputer riba terpakai

Antara barangan keperluan adalah gajet elektronik sebagai medium membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

‘Chromebook’ dan komputer riba merupakan dua peranti digital yang menjadi keperluan kepada bakal penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Semua komputer riba adalah ‘chromebook’ tetapi tidak semua komputer riba adalah ‘chromebook’.

Oleh yang demikian, pilihan terletak di tangan pelajar hendak memilih yang mana satu mengikut kesesuaian.

Jika menginginkan peranti yang murah, bakal penuntut IPT boleh membeli ‘chromebook’ yang menawarkan harga lebih rendah.

Namun begitu, sekiranya memiliki bajet lebih, maka pelajar boleh membeli komputer riba.

Kedua-duanya mempunyai ciri yang sama seperti papan kekunci, paparan skrin, sistem operasi (OS) dan penyimpanan data.

Bagaimanapun, ‘chromebook’ hanya menawarkan Chrome OS yang terhad kepada aplikasi Google Play Store dan Android.

Logo Chrome tidak terdapat pada komputer riba. Kredit foto: Unsplash

Sementara komputer riba terdapat MacOS dan Windows yang mempunyai fungsi operasi yang lebih meluas.

Dari segi saiz pula, komputer riba bersaiz lebih besar berbanding ‘chromebook’ yang bersaiz kecil.

Jika pelajar ingin membeli peranti digital yang ringan, maka, ‘chromebook’ menjadi pilihan yang memenuhi spesifikasi.

Untuk storan data pula, komputer riba menawarkan ruang penyimpanan data yang lebih besar untuk para pelajar berbanding ‘chromebook’.

Di pasaran, jenama‘chromebook’ yang menjadi pilihan adalah Lenovo Flex 5, Google Pixelbook Go, Asus Chromebook Flip CX5 dan Acer Chromebook Spin 713.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi komputer riba pula, pelajar boleh memilih jenama Apple, HP, Lenovo, Dell, Asus, Acer dan lain-lain.

Kesimpulannya, pelajar boleh memiliki ‘chromebook’ atau komputer riba sebelum mendaftar di IPT mengikut pilihan masing-masing berdasarkan bajet yang ada.

Artikel Terkini