Untitled design (5)
Untitled design (5)

CommFest: Loka Teja platform cungkil kreativiti dalam bidang fesyen

webadmin
03 Nov 2022 05:05pm
A
A
A

Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur, telah menganjurkan CommFest: Loka Teja yang berkonsepkan peragaan pakaian bertema futuristik dan moden tradisional.

Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh 29 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam Komunikasi Korporat sebagai projek tahun akhir.

Telah berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalu, program ini melibatkan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Mara (IPMa) dalam jurusan seni rekaan pakaian dan jahitan seluruh negara.

Peserta rekaan pakaian ketika memperagakan fesyen yang dipertandingkan.

Menurut penasihat program, Aida Suhana Abdul Hamid, program ini telah berjaya mengumpul 16 peserta dengan 26 rekaan pakaian masing-masing.

“Program ini bertujuan mencungkil bakat serta mengiktiraf keupayaan pelajar dalam penghasilan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.

“Selain itu, kami juga menjemput beberapa pereka fesyen tempatan yang berpengalaman dalam industri fesyen sebagai juri antaranya Salikin Sidek, Ezuwan Ismail, Fareex Azuan dan Nur Nasyrah,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Dalam pada itu, program ini turut mendapat sokongan penuh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) yang dilihat sebagai salah satu platform untuk mencungkil bakat serta kreativiti dalam bidang fesyen selain memupuk semangat keusahawanan khususnya dalam kalangan pelajar.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Turut hadir Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif KPTM, Abdul Azmi Abdul Aziz; Timbalan Naib Canselor Akademik KUPTM KL, Profesor Madya Dr Zahrah Yahya serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Gaya Hidup Kampus KUPTM KL, Profesor Madya Dr Syamsul Fozy Osman.

Tidak ketinggalan pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi bersama beberapa artis tanah air antaranya Yulia Kamelia, Zeauk dan Imran Ajmain.

Artikel berkaitan:

Kolaborasi MSU dan UEDA College of Fashion, lahir bakat pereka fesyen muda

UTM perkasa kreativiti dan inovasi pelajar menerusi VSIC2020

Apa yang menarik dalam jurusan fesyen dan pakaian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok