logo-hadari-upsi-obor-terbaru1 (1)
logo-hadari-upsi-obor-terbaru1 (1)

HADARI UPSI anjur sambutan bulan kemerdekaan secara maya

Mohd Khairi Mohamad Yusri
15 Sep 2021 01:22pm
A
A
A

Sekretariat Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)telah menganjurkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan secara maya , baru-baru ini.

Majlis perasmian program sambutan bulan kemerdekaan ini telah dianjurkan selari dengan norma baharu menerusi platform Google Meet dan disiarkan secara langsung untuk tontonan orang awam di Facebook Live pada jam 9 malam.

Program sambutan kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurut Hang Soon, semua pihak haruslah bersatu padu untuk memahami erti dan penghayatan kemerdekaan supaya keharmonian kehidupan pelbagai kaum di Malaysia dapat terus dikekalkan di masa depan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UPSI, Prof Dr Suriani Abu Bakar, berkata dalam menyambut Sambulan Bulan Kemerdekaan ini, penghayatan tentang rukun negara dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penasihat Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim, pula berpendapat semangat kemerdekaan haruslah dihayati oleh semua siswa-siswi UPSI yang bakal menjadi belia harapan negara.

Sempena majlis ini juga, satu tayangan video yang bertemakan unsur-unsur patriotisme turut diadakan untuk tontonan tetamu dan orang awam yang hadir bertujuan bagi memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dianjurkan sepanjang program ini berlangsung.

Majlis turut diserikan lagi dengan tayangan rakaman video deklamasi puisi yang bertajuk Menggarap Mimpi Kelam, karya Hanipah Nukman.

Sajak ini telah dideklamasikan oleh Johan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Peringkat 2 Negeri Selangor 2021, Muhammad Hakimi Muhammad Rejab sekali gus menyemarakkan lagi majlis perasmian tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok