HomeIPTHari pertama kuliah secara bersemuka, warganet teringat kenangan belajar di kampus

Artikel Berkaitan

Hari pertama kuliah secara bersemuka, warganet teringat kenangan belajar di kampus

Setelah lebih dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19 yang memaksa pelajar menjalani proses pembelajaran secara dalam talian, banyak institut pengajian tinggi (IPT) sudah mula membenarkan pelajar untuk kembali ke kampus.

Kebanyakan pelajar ternyata teruja apabila mendapat kebenaran tersebut dan ramai di antara mereka bakal menjejakkan kaki ke kampus buat pertama kali.

Suasana itu yang dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut dirasai oleh pelajar di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), baru-baru ini.

Baca juga

“Tiada lagi gelaran budak AD”, FSSR UiTM kini dikenali sebagai KPSK

IKLAN

Pelajar IPT teruja kembali ke kampus, teruskan pembelajaran secara hibrid dan patuhi SOP

Pada hari pertama, pelajar telah dibawa untuk melihat kawasan sekitar kampus bagi menyesuaikan diri dan mengenali tempat- tempat penting untuk urusan seharian.

Pelajar dibawa untuk meninjau bangunan dan kawasan di sekitar kampus. Kredit foto: Facebook UiTM – Media Rasmi

Selain itu, pelajar yang memulakan kelas secara bersemuka dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengekalkan penjarakan fizikal.

IKLAN

Dalam pada itu, ramai pengguna laman itu juga turut meluahkan rasa rindu semasa belajar di universiti itu.

Tidak lupa juga, ada yang mengambil peluang untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar era endemik yang sudah semestinya berbeza dengan yang dilalui oleh pelajar sebelumnya.

IKLAN

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Syafiq Sabri II: Adik-adik belajar betul-betul, dunia pekerjaan sangat mencabar sekarang. Buat yang terbaik untuk mak ayah, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi perlindungan diri serta kesihatan yang baik untuk adik-adik serta pengajar di dalam norma baharu.

Hanita Hassan: Alhamdulillah, semoga dipermudahkan semuanya. Insya-ALLAH Amin Amin Amin Ya Rabbalalamin.

Noor Liza Lamit: Semoga kecemerlangan akan terus bersama sama tenaga pengajar dan para pelajar UiTM.

Mohamad Sofian Bin Jaafar: Teringat masa belajar UiTM tahun 82-85, School of Architecture/Kajian Senibina. Bangunan lama.

IKLAN

Artikel Terkini