Untitled design
Untitled design

Idea bernas tiga pelajar ini tarik perhatian juri sehingga diumum sebagai pemenang. Betullah, rezeki tak pernah salah alamat!

Roshlawaty Md Raieh
12 Nov 2021 05:38pm
A
A
A

Kumpulan CoModa yang disertai tiga pelajar hebat diumum pemenang pertama Pertandingan Rancangan Perniagaan 2021 yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.

Tiga pelajar tersebut ialah Muhammad Saniy Samsudin dari Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala dua lagi iaitu Arzaq Zidan dan Thoriq Ahyar merupakan pelajar Universitas Gadjah Mada, Indonesia.

Ketiga-tiga pelajar ini menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah Rp 1.25 juta rupiah (RM366) dan sijil penghargaan.

Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Bisnes, Universitas Gadjah Mada, Indonesia, mengetengahkan tema ‘Memperkasakan Idea Milenium dalam Inovasi Ekonomi Digital di Era Perindustrian 4.0’.

Baca juga ‘Perjalanan seorang guru yang menggunakan tiket ikhlas pasti akan membina kekuatan jiwa, percayalah’

Baca juga Ain Husniza kini bersekolah swasta

Sebanyak 20 pasukan telah menyertai dan hanya lima kumpulan terbaik dipilih ke pusingan akhir untuk membentangkan idea perniagaan dihadapan juri dan pelabur dari Indonesia.

Sementara itu, kejayaan CoModa dalam pertandingan tersebut sekaligus melayakkan mereka mengikuti proses mentoring bagi merealisasikan idea bisnes yang dirancang dan dibentangkan sebelum ini.

“Kami telah membentangkan idea perniagaan kepada barisan juri yang terdiri daripada pensyarah dan pelabur.

“Antara yang terlibat ialah John Suprihanto, Dr M.I.M, Irvandias Sanjaya, Gunawan Wibisono, Susi Harini, Saxa Wiza Reyhan dan Silvio Adriano,” kata Muhammad Saniy yang mengikuti jurusan Sarjana Muda Kewangan UUM.

Muhammad Saniy yang sedang mengikuti pertukaran pelajar di bawah program ASEAN International Mobility for Students Program (AIMS Program) berkata, idea perniagaan pasukan CoModa adalah menggunakan konsep Platform Business to Business (B2B).

“Ia bertindak sebagai penyelesaian sehenti atau hub pengeluaran dengan berfokuskan industri pakaian dan tekstil yang mampu mencipta cara pengurusan pengeluaran yang lebih cekap,” ujarnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Terdahulu, Muhammad Saniy telah meraih pelbagai anugerah sepanjang bergelar penuntut UUM.

Antaranya pembentang terbaik pada 3rd ASEAN Youth Initiative Empowerment Program (AYIEP) 2021; pembentang kerja terbaik pada persidangan dalam talian di Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI; dilantik sebagai perwakilan Malaysia ke persidangan dalam talian antarabangsa Asia Afrika dan peserta Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP) 2020.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok