download (8)
download (8)

Inovasi produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba berjaya dihasilkan oleh penyelidik UMS

Adlan Farhan Azwan
25 May 2022 01:09pm
A
A
A

Pasaran bagi produk kesihatan dan kecantikan sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, banyak produk-produk berasaskan tumbuhan dan herba tradisional telah dihasilkan secara organik tanpa penggunaan bahan kimia terlarang.

Masyarakat terdahulu sememangnya mengamalkan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Khusus di Sabah, herba tempatan berpotensi dibangunkan dalam industri produk kecantikan dan kesihatan organik yang lebih selamat serta bebas bahan kimia berbahaya.

Baca juga

Penyelidik UM hasilkan ToothPoly, inovasi didik murid jaga kesihatan gigi

Pensyarah hasilkan inovasi aiskrim misai kucing rendah kalori

Ini dibuktikan oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berjaya menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan organik hasil penyelidikan menggunakan buah tempatan iaitu durian belanda dan sarang burung.

Menurut pakar biokimia Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS, Profesor Madya Dr Md Shafiquzzaman Siddique, idea penyelidikan produk kesihatan organik tercetus pada 2017 berikutan isu pengharaman produk kosmetik tempatan akibat penggunaan bahan kimia bahaya dan terlarang ketika itu.

“Produk kosmetik sintetik akan merubah kulit menjadi kelihatan cantik tapi penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan kanser. Kajian Jacobs Et Al (2018) melaporkan sebanyak 41 peratus penyebab kanser adalah bahan kosmetik.

Teh untuk kesihatan yang dihasilkan daripada durian belanda.

“Justeru saya telah menjalankan penyelidikan terhadap beberapa herba tempatan Sabah dan berjaya menghasilkan produk kecantikan serta kesihatan organik yang dikenali sebagai Vivify,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau memaklumkan, durian belanda dan sarang burung dipilih sebagai ramuan utama penghasilan produk tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Hal Ini kerana durian belanda mengandungi sebatian bio-aktif yang antara lain berfungsi sebagai antioksidan.

“Manakala, sarang burung mengandungi kolagen yang terkenal dengan manfaat untuk kecantikan kulit.

“UMS akan terus membuat penyelidikan terhadap herba-herba tempatan di Sabah bagi mengenalpasti khasiat dan manfaatnya kepada kesihatan,” jelasnya.

Setakat ini, antara produk kecantikan dan kesihatan organik yang dihasilkan Shafiquzzaman termasuklah syampu, pencuci muka, sabun mandi dan teh minuman.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok