WhatsApp Image 2022-02-28 at 6.55.25 PM
WhatsApp Image 2022-02-28 at 6.55.25 PM

Jalinan kerjasama Universiti UCSI dan UCSI Hospital bersama USIM, pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik

Adlan Farhan Azwan
28 Feb 2022 05:17pm
A
A
A

Port Dickson - Universiti UCSI dan UCSI Hospital telah menjalin kerjasama baharu dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menubuhkan Hospital Pengajar di UCSI Hospital.

Kerjasama yang dijalinkan adalah bertujuan menggalakkan pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik antara kedua-dua universiti.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UCSI, Datuk Peter Ng; Naib Canselor UCSI, Profesor Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin di Hospital UCSI, Springhill, pada Isnin.

Baca juga

Ingin menjadi jururawat, kenali warna jalur berbeza setiap jururawat hospital kerajaan

2 alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, kini pengasas Banat Sandwich

Menurut Peter, UCSI memandang serius dalam soal penjagaan kesihatan. Pihaknya melabur untuk menyediakan peralatan dan mesin dengan teknologi terkini di Hospital UCSI.

“Matlamat kami untuk mendapat penarafan Hospital Pengajar dan dengan MoU ini, kita mengorak langkah yang lebih besar untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya ketika Majlis Menandatangani MoU di antara UCSI dan USIM.

Selain daripada inisiatif ke arah penarafan Hospital Pengajar, Hospital UCSI bersama-sama Universiti UCSI dan USIM akan mengambil bahagian dalam pertukaran pelajar, akademik dan kakitangan penyelidik.

Dalam pada itu, Hamisah berkata, Universiti UCSI menggabungkan pelajaran bilik darjah dan praktikal sebagai persediaan bakal doktor dan jururawat mendepani dunia sebenar.

"Di UCSI, kami berusaha mendidik bakal doktor dan jururawat kami untuk menjadi yang terbaik dengan memberi akses kepada praktis klinikal dan 'patient-centred model of care' dengan fasiliti perubatan terkini yang disediakan di Hospital UCSI.

"Kami menggabungkan pengajaran bilik darjah dan praktikal supaya mereka dapat menghadapi dunia perubatan sebenar apabila bekerja nanti," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Hospital ini merupakan sebahagian daripada UCSI Healthcare Metropolis untuk mengubah Bandar Springhill menjadi sebuah hab kesihatan dan pendidikan.

Metropolis bakal dilengkapi dengan hotel mewah, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pusat kecantikan, pusat sukan, pusat penjagaan, praxis® lab serta kampus universiti yang baharu dan ini akan melengkapkan lagi Sekolah Antarabangsa UCSI dan Sekolah Sri UCSI yang sedia ada di Bandar Springhill.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok