UPUOnline 2022
UPUOnline 2022

Jangan lepaskan peluang! Permohonan UPUOnline akan ditutup 31 Mac ini

Adlan Farhan Azwan
09 Mar 2022 11:55am
A
A
A

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2022/ 2023 perlu membuat permohonan sebelum 31 Mac 2022, jam 5.00 petang.

Bagi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), permohonan boleh dilakukan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.

Baca juga

ePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari ini

Bayaran proses UPUONLINE sesi 2022/2023 dikecualikan

Menurut Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), kegagalan mengemukakan permohonan pada tarikh tersebut akan menyebabkan calon tidak akan dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian pada sesi akademik itu.

“Hanya calon yang mengemukakan permohonan pada fasa permohonan sahaja boleh mengemas kini pada fasa pengemaskinian.

“Tiada permohonan baharu akan dibuka pada fasa pengemaskinian,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Kemasukan BPKP JPT.

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPUOnline.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline yang menggunakan Unik ID kepada semua pemohon pada 3 Februari lalu.

Kelonggaran dibuat setelah mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok