866707
866707

Kemalangan melibatkan pelajar UUM, KPT akan memudahcara urusan

Adlan Farhan Azwan
02 Jan 2022 03:09pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memudahcara segala urusan pelajar yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, terpaksa dipotong kakinya setelah terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan industri di Dive Division Curacoa, Caribbean pada 28 Disember tahun lepas. 

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad, beliau berkata ia termasuk dalam usaha membawa pulang pelajar tersebut dan tuntutan insurans.

BACA JUGA: USIM, UPM anjur program keselamatan jalan raya untuk beri kesedaran kepada pelajar

BACA JUGA: UUM di kedudukan 100 terbaik QS Asia University Rankings 2022

“Namun begitu, sebagai langkah segera, UUM akan membiayai pembayaran awal kos rawatan hospital Nur Nabihah sebelum tuntutan insurans perlindungan penuh dibuat.

“Pihak KPT juga telah mengarahkan pihak UUM untuk menyelaras urusan membawa pulang Nur Nabilah dengan Kedutaan Besar Malaysia dia Caracas, Venezuela, bergantung pada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacoa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nur Nabihah merupakan seorang pelajar di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) yang memerlukan pembedahan dibuat bagi menyelamatkan nyawanya.

Beberapa pembedahan susulan dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan tersebut, KPT turut menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa pelajar itu. 

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“KPT akan berusaha bagi memastikan segala bantuan dan kebajikan yang diperlukan oleh Nur Nabilah dapat disegerakan dan berjalan dengan lancar,” ulas lanjut beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok