Screenshot (45)
Screenshot (45)

KPT berjaya lahirkan 23,745 sukarelawan sepanjang misi bantuan banjir

Adlan Farhan Azwan
17 Jan 2022 07:01pm
A
A
A


PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha membantu mangsa yang terkesan dengan banjir yang berlaku baru-baru ini telah berjaya melahirkan seramai 23,745 sukarelawan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, seramai 8,570 keluarga KPT terjejas dengan bencana banjir yang terdiri daripada 1,306 kakitangan dan 7,264 pelajar IPT di seluruh negara.

“Prihatin dengan situasi yang dihadapi, KPT telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir @ KPT bagi menyelaras penyaluran bantuan dengan kadar segara.

“Melalui Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM), kita telah berjaya menggerakkan 23,745 sukarelawan yang merangkumi daripada 4,610 sukarelawan KPT serta agensi di bawahnya dan 19,135 daripada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2022.

Noraini Ahmad juga berkata KPT telah mengagihkan bantuan berbentuk keperluan barang, makanan dan peralatan kepada mangsa banjir.

“Bantuan sebanyak 43,806 kotak sumbangan yang mempunyai makanan dan keperluan asas bernilai RM 3.62 juta serta nilai sumbangan berbentuk wang sebanyak RM 364,903 telah kita agihkan kepada yang memerlukan.

“Kita juga telah menyediakan fasiliti kepada 1,320 orang mangsa banjir di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, beliau juga berkata KPT telah menjadikan Daerah Kuala Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang sebagai sebagai daerah angkat bagi tujuan mempercepatkan kerja-kerja pemulihan pasca banjir.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan misi ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok