PERMATANI 2
PERMATANI 2

Mahasiswa UPM terima Agro-Kit daripada Agro Bank

Norliza Wasilan
17 Aug 2022 09:05am
A
A
A

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (PERMATANI UPM) baru-baru ini menerima bantuan Agro-Kit khas untuk pertanian bandar daripada Agro Bank.

Simbolik penyerahan Agro-Kit tersebut telah diadakan ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 oleh Ketua Pegawai Pembangunan Agro Bank, Aminuddin Amenon kepada Presiden PERMATANI UPM, Syed Muhamad Nazdmi Syed Zahari, baru-baru ini.

UPM menerusi laman sosial Facebooknya memetik Syed Muhamad Nazdmi sebagai berkata, menerusi pemberian Agro-Kit itu, ia akan membantu mahasiswa yang terbabit dalam pertanian.

“Menerusi simbolik penyerahan Agro-Kit ini, ia akan menambah kemahiran pelajar UPM dalam bidang pertanian,” katanya.

Foto/Facebook Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir, Dekan Fakulti Pertanian, Profesor Madya Dr Nur Azura Adam; Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Pertanian, Profesor Madya Dr Juwaidah Sharifuddin; Penasihat PERMATANI UPM, Dr Mohd As'wad Abdul Wahab dan Profesor Dr Anjas Asmara Samsudin.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai projek penanaman yang akan dilakukan pada masa akan datang, Syed Muhamad Nazdmi beritahu, perancangan mengenai perkara itu sedang dilakukan.

Ujarnya, mereka sedang dalam usaha membangunkan projek membabitkan 1,000 polibeg tanaman cili.

“PERMATANI kini sedang membangunkan projek penanaman 1,000 polibeg cili menggunakan kaedah fertigasi.

“Projek ini dijangka akan mula dilaksanakan pada semester hadapan,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan

UPM hasilkan inovasi alat navigasi bantu pesakit demensia

Penyelidik universiti tempatan kongsi kebaikan biochar kepada pengusaha tanaman organik

Taman Botani jadi projek edu pelancongan UUM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok