Untitled design (50)
Untitled design (50)

Manfaatkan cuti sekolah, PPIM UiTM anjur Program Canva

Azleenda Sahaludin
29 Dec 2022 04:39pm
A
A
A

Canva merupakan satu platform yang membolehkan pengguna menghasilkan pelbagai kandungan visual digital dalam pelbagai konteks.

Dalam konteks pendidikan, Canva dijadikan platform kepada guru dan pelajar untuk menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar atau nota subjek yang menarik serta interaktif.

Justeru itu, hari ini dilihat ramai yang sudah mula belajar menggunakan aplikasi ini memandangkan ia sangat mudah untuk digunakan oleh semua golongan.

Baru-baru ini, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (PPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Jengka, Pahang, telah menjalankan program Canva kepada pelajar sekolah sekitar Bandar Jengka, Pahang.

Program yang berlangsung selama setengah hari itu diadakan bersempena cuti sekolah bagi meningkatkan kemahiran kreatif pelajar sekolah menggunakan Canva.

Mohd Norafizal.

Ketua Pusat Pengajian PPIM, Ts Mohd Norafizal Abd Aziz berkata, tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dalam menghasilkan dokumentasi dan video yang menarik mengikut cita rasa masing-masing.

Disertai lebih 40 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Jengka dan Raub, Pahang, program ini dikendalikan oleh program ini dikendalikan oleh Pengarah, Marina Mohamed dan Asyura Abd Nasir serta penceramah terdiri daripada Dr Juhaida Ismail dan Rozeleenda Abdul Rahman.

“Sejujurnya saya tidak menyangka menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar ini lebih-lebih lagi majoritinya pelajar sekolah rendah.

“Mereka menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari aplikasi baharu ini.

“Malah, terdapat sesetengah daripada mereka yang menyatakan untuk menyertai buat kali kedua sekiranya program sebegini dianjurkan kelak,” ujarnya kepada Sinar Bestari baru-baru ini.

Pada masa yang sama, program ini turut disertai warga akademik PPIM yang bertugas sebagai fasilitator bagi membantu memudahkan proses mengajar ketika ia berlangsung.

Mohd Norafizal juga memaklumkan, pihaknya akan menjayakan program-program berunsurkan pendidikan seperti program Canva ini kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) menjelang 2023.

Artikel berkaitan

100 sukarelawan UiTM pupuk kesedaran golongan OKU

Pasukan Koir UiTM ungguli kejuaraan Festival Koir Antarabangsa di Barcelona

Kepakaran pustakawan UiTM jadi rujukan SEBARU untuk mantapkan pengurusan perpustakaan sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok