WhatsApp Image 2022-03-21 at 8.24.21 PM
WhatsApp Image 2022-03-21 at 8.24.21 PM

Massila Kamalrudin dilantik Naib Canselor baharu UTeM

Adlan Farhan Azwan
21 Mar 2022 08:25pm
A
A
A

MELAKA - Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), beliau telah menggantikan Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim yang telah berkhidmat sejak Jun 2019.

“Massila memiliki ljazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian pada tahun 2003 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Teknologi Perisian di University of Wales Swansea, United Kingdom.

“Beliau kemudiannya memperoleh ljazah Kedoktoran (PhD) dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik pada tahun 2011 dari The University of Auckland, New Zealand.

“Massila yang merupakan profesor di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM adalah seorang ahli akademik yang berpotensi tinggi untuk meneraju UTeM sebagai salah sebuah universiti awam (UA) dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN) di Malaysia.

“Selain daripada memiliki reputasi akademik dan karisma kepimpinan, Massila juga mempunyai aspirasi dan strategi yang jelas untuk menyuntik perubahan positif dalam landskap pentadbiran dan pengurusan serta memperkukuhkan aspek pembangunan institusi serta akademik UTeM sebagai sebuah universiti teknikal yang disegani,” katanya.

KPT juga sempat merakamkan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Raha atas jasa bakti beliau menerajui UTeM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok