FPVUWt5acAMQzg6
FPVUWt5acAMQzg6

Membanggakan! Lima pelajar Malaysia diterima masuk ke Harvard College

Adlan Farhan Azwan
04 Apr 2022 08:30pm
A
A
A

Lima pelajar Malaysia telah berjaya diterima bagi mengikuti program sarjana muda di institusi pendidikan terkemuka di dunia, Harvard College, Amerika Syarikat (AS).

Menurut satu kenyataan baru-baru ini, bilangan pelajar yang diterima untuk melanjutkan pengajian di Harvard College itu adalah yang tertinggi dalam sejarah negara.

Kelima-lima mereka terpilih daripada 61,220 jumlah pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

Penemu duga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob meluahkan rasa keterujaannya kerana lima pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun.

Baca juga

“Alhamdulillah, I got into Stanford” – Pelajar terharu diterima masuk ke universiti idaman

Senarai IPTA/IPTS terbaik negara dan jurusan popular masa kini

“Setiap daripada mereka mempunyai kisah yang unik dan mewakili yang terbaik dari segenap Malaysia. Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka dan berharap lebih ramai pelajar mendapat inspirasi untuk memohon,” katanya dalam satu ciapan di laman Twitter baru-baru ini.

Pelajar yang berjaya memasuki institusi pendidikan berprestij tinggi itu adalah Chooi Je Qin, Herman Leong Xin, Carisma Michaela Wong, Lee Ee Jen dan Ishant Shah.

Je Qin, dari Johor, menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail dan kini di berada Kolej Tuanku Ja'afar.

Herman Leong Xin Yang, dari Pulau Pinang pula menamatkan pengajian sekolah menengah di SMJK Chung Ling Butterworth dan kini melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) manakala Ishant Shah yang juga dari Pulau Pinang menamatkan persekolahan di SMK Bukit Jambul, kini mengikuti Program Matrikulasi Antarabangsa Kanada di Sunway College.

Selain itu, Michaela Wong dari Sabah menamatkan pengajian sekolah menengahnya di Sekolah Menengah (SM) Stella Maris, Tanjung Aru dan kini juga berada KYUEM melalui biasiswa Yayasan Khazanah.

Terakhir, Ee Jenn dari Kuala Lumpur, sedang mengikuti pembelajaran di Garden International School.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Lima pelajar itu merancang untuk meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai bidang seperti Astrofizik, Biokimia, Ekonomi, Sains Alam Sekitar, Dasar Awam, Politik dan Sosiologi.

Dalam pada itu, Harvard juga mengumumkan bahawa keluarga yang berpendapatan di bawah USD 75,000 (RM 316,000) setahun, tidak akan dikenakan bayaran tuisyen.

Wan Nadiah berkata, ia sentiasa menjadi misi Harvard College untuk menyediakan peluang pendidikan kepada yang terbaik kepada pelajar cemerlang di seluruh dunia dari semua latar belakang, tidak kira sosial atau status ekonomi.

“Tumpuan tunggal pada kecemerlangan ini adalah penting kepada visi Harvard untuk berfungsi sebagai ‘taman syurga’ bagi sarjana dan pemimpin bercita-cita tinggi di dunia,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok