Model model komputer riba murah buat pelajar IPT, milikinya serendah RM500
Model model komputer riba murah buat pelajar IPT, milikinya serendah RM500

Model-model komputer riba murah buat pelajar IPT, milikinya serendah RM500

Rasyidah Zulkifi
30 Mar 2022 01:59pm
A
A
A

Baru-baru ini, tular video seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menghadiri kelas secara dalam talian menggunakan telefon pintar sahaja.

Difahamkan, beliau tidak memiliki komputer riba kerana anak yatim dan berlatarbelakangkan keluarga B40.

Baca juga

Pensyarah didakwa hina B40, UiTM sudah ambil tindakan dan tidak akan berkompromi

MPP UiTM, MPPK desak tindakan dikenakan ke atas pensyarah hina B40

Pun begitu, dengan bantuan pendidikan dari agihan zakat dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pelajar IPT layak memiliki komputer riba bawah RM1,000.

Justeru, Sinar Bestari ingin menyediakan lima model komputer riba yang mampu dibeli rata-rata pelajar IPT secara dalam talian sahaja.

1- HP EliteBook 8460P

Komputer riba ini relevan dengan tawaran harga serendah RM690 melalui pembelian di platform Lazada .

Ciri-ciri HP EliteBook 8460P termasuk skrin 14 inci, sistem pengoperasian (OS) Windows 10, RAM 4GB, grafik Intel HD Graphic 3000, storan 128GB SSD dan ‘processor’ Intel Core i5.

Kebaikan memiliki komputer riba ini adalah ‘processor’ yang laju dan agak ringan untuk dibawa ke kelas.

2- Dell Latitude 3160

Komputer riba ini sesuai digunakan semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dan dijual dengan harga RM781 di platform Shopee.

Dell Latitude 3160 menawarkan ciri-ciri termasuk skrin sentuh 11.6 inci, OS Windows 10 Pro, RAM4GB, grafik Intel HD GMA 400, storan 128GB SDD dan ‘processor’ Intel Pentium N3710 Turbo Boost.

Bagi mereka yang menginginkan jangka hayat bateri komputer riba yang panjang, model ini paling sesuai dimiliki.

3- Dell Chromebook 11

Bagi pengguna tegar Google, model ini merupakan pilihan yang tepat untuk dimiliki dengan tawaran harga serendah RM499 di platform Shopee.

Ciri-ciri Dell Chromebook 11 termasuk OS Chrome, grafik Intel Integrated HD Graphic, RAM16GB, storan 32GB dan ‘processor’ Intel Celeron Dual Core.

Kebaikan yang boleh dinikmati pelajar IPT adalah seseorang itu boleh menyiapkan tugasan menggunakan ‘chromebook’ ini yang dicas penuh hampir 10 jam tanpa perlu mengecas.

4- Toshiba Dynabook R734

Jika pelajar mempunyai bajet lebih boleh memiliki produk keluaran Jepun ini dengan tawaran harga RM849 di platform Lazada.

Ciri-ciri Toshiba Dynabook R734 termasuk OS Windows 10 Pro, grafik Intel HD Graphic 4600, RAM 4GB, skrin 13.3 inci, storan 240GB HDD dan ‘processor’ Intel Apollo Lake.

Komputer riba ini tahan lama juga menyediakan banyak lubang port memudahkan pelajar IPT mengecas telefon dan sebagainya.

5- HP Stream Pro 11 G2

Di Lazada, komputer riba ini ditawarkan dengan harga RM582 yang pastinya berpatutan buat para pelajar.

Ciri-cirinya termasuk OS Window 10, grafik Intel HD Graphic, RAM 4GB, skrin 12 inci storan 64GB SSD dan ‘processor’ Intel Celeron N3050.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kebaikan yang boleh dinikmati pelajar IPT adalah komputer riba model HP Stream Pro 11 G2 ini bersaiz padat dan mempunyai papan kekunci bersaiz penuh.

Sinar Bestari berharap kesemua model komputer riba ini boleh menjadi panduan buat pelajar IPT membuat pilihan sebelum memilikinya mengikut keperluan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok