272443200_4890369041017758_3478012401146792055_n
272443200_4890369041017758_3478012401146792055_n

Pelajar asnaf dan B40 terima sumbangan kebajikan lebih RM10 juta daripada UMK

Adlan Farhan Azwan
24 Jan 2022 03:52pm
A
A
A

KOTA BHARU - Hampir keseluruhan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima bantuan dan sumbangan membabitkan peruntukan lebih RM10 juta sepanjang tahun 2021 termasuk pengurangan yuran.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, sumbangan tersebut diagih dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan di dalam kategori B40.

Beliau berkata, peruntukan itu merangkumi sumbangan dalam bentuk wang tunai, bantuan kotak makanan atau hamper serta peranti.

Baca juga Berkat doa ibu bapa, 130 pelatih Kor SUKSIS UUM tamat latihan cemerlang

Baca juga Hanya RM100 sebagai modal, kini graduan UMK raih pulangan 5 angka

"Sumbangan ini bertujuan untuk melihat kebajikan pelajar UMK lebih terjaga dan terpelihara bagi memastikan kualiti kehidupan serta pembelajaran mereka dalam keadaan terbaik.

"Bantuan ini adalah hasil sumbangan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UMK dan juga penyumbang daripada agensi dan badan luar seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Agrobank, Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dan penyumbang-penyumbang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021/2022 dan Penyerahan Bantuan Kepada Pelajar Asnaf/B40 UMK, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada Isnin.

Majlis tersebut telah telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang turut menyampaikan watikah lantikan kepada 27 Ahli MPPUMK Sesi 2021/2022.

Dalam pada itu, Razli berkata seramai 139 pelajar UMK (sehingga 14 Januari 2022) yang terkesan akibat bencana banjir tersebut di seluruh negara telah menerima bantuan berjumlah RM45,930.

Katanya, sumbangan itu dalam bentuk wang tunai, bantuan kotak makanan atau hamper dan bantuan dalam bentuk peranti serta perkhidmatan pembersihan kawasan sekitar rumah keluarga pelajar berhampiran yang dilanda banjir, baru-baru ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sementara itu, tambah Razli lagi, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli MPPUMK Sesi 2021/2022 diadakan untuk mengesahkan pelantikan bagi calon yang berjaya dalam Pengundian Pemilihan MPP yang telah diadakan pada 13 Januari 2022.

Katanya, secara keseluruhan proses pengundian pilihan raya kampus UMK yang diadakan secara atas talian berjalan lancar bagi merebut sembilan kerusi umum serta 18 kerusi fakulti.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terpilih pada sesi ini," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok