Pelajar UiTM aktif jadi sukarelawan, turut serta bantu mangsa banjir di Kedah
Pelajar UiTM aktif jadi sukarelawan, turut serta bantu mangsa banjir di Kedah

Pelajar UiTM aktif jadi sukarelawan, turut serta bantu mangsa banjir di Kedah

Roshlawaty Md Raieh
28 Jul 2022 09:59am
A
A
A

Lebih 40 mahasiswa dan tenaga pekerja dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor turun padang melaksanakan Misi Bantuan Banjir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin - UiTM di daerah Baling, Kedah, baru-baru ini.

Misi bantuan banjir berkenaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa 1 dan 2 dimana UiTM Shah Alam menghantar skuad Briged Sukarelawan dan juga kumpulan mahasiswa serta staf dari UiTM Cawangan Perlis, cawangan Kedah dan cawangan Pulau Pinang untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.

Selain melaksanakan misi banjir, pihak UiTM turut melancarkan Tabung Misi Bantuan Banjir bagi mengumpul sumbangan kelengkapan dan keperluan asas untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan.

Barang-barang sumbangan yang berjaya dikumpul diberikan kepada mangsa-mangsa banjir ketika misi tersebut dijalankan.

Baru-baru ini, hujan lebat kira-kira tiga jam menyebabkan dua buah kampung di Baling, Kedah dilanda banjir kilat.

Kejadian tersebut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Ekoran tragedi yang berlaku itu, ramai pihak menghulurkan bantuan seperti makanan dan minuman untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

INFO

  • Maksud sukarelawan

    Perkataan sukarelawan boleh ditafsirkan sebagai seorang individu atau kumpulan yang menjalankan kerja-kerja sukarela bertujuan untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada masyarakat atau pihak yang memerlukan. Manakala, kerja-kerja kesukarelaan boleh dikatakan sebagai kerja yang dilakukan secara rela hati atau tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

  • Peranan atau tugas sebagai sukarelawan

    1) Menyumbang tenaga

    2) Memberikan semangat atau memotivasikan penerima bantuan

    3) Duta kebajikan kepada masyarakat

  • Terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan. Antaranya adalah

    1) Malaysian Volunteer Fire & Rescue Association

    2) Yayasan Budi Penyayang Malaysia

    3) Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide KL

    4) Regional Environmental Awareness Cameron Highlands

    5) St John Ambulance of Malaysia

    6) Malaysian Volunteer Fire & Rescue Association pur

Artikel berkaitan 

Tip selamatkan barang elektrik dan elektronik yang tenggelam ketika banjir

7 peralatan penting untuk membersihkan kotoran akibat banjir

Dedikasi Cikgu Wan Azrina bantu julang nama SMK Kubang Kerian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok