216
216

Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni dan Buggy Putrabiz@Alumni meriah!

Rasyidah Zulkifi
20 Jan 2022 12:23pm
A
A
A

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni (AIS) dan Buggy Putrabiz@Alumni, baru-baru ini.

Pelancaran yang berlangsung di Bangunan Canselori Putra, UPM dikelolakan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM dan dirasmikan Naib Canselor UPM, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Menurut Mohd Roslan, pembinaan Arca 50 Tahun UPM dilihat sebagai satu simbol kebanggaan dan tanda bersatu hati alumni bersama Alma Mater.

“Saya difahamkan pembinaan arca ini adalah hasil daripada kerjasama erat alumni melalui pelaksanaan program UPM Alumni Golden Fit,” katanya.

Baca juga “Ditolak dan terpaksa hantar tesis semula” – Pelajar UPM yang kini bergelar Doktor Falsafah kongsi kisah jatuh bangun ketika belajar

Baca juga “Pihak universiti sentiasa menjaga kebajikan orang seperti saya”, graduan OKU penglihatan mata luah rasa bersyukur belajar di UPM

Beliau berkata, inisiatif AIS UPM pula menyokong agenda universiti selaras dengan lima strategi utama memacu UPM sebagai menara ilmu melalui Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan.

Naib Canselor UPM, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman merasmikan Buggy Putrabizz@Alumni.

“Saya difahamkan sistem ini digunakan untuk memudahkan proses pengumpulan dan pengemaskinian data dan profil alumni dari semasa ke semasa.

“Oleh itu, diharapkan alumni dapat menyokong sistem ini dengan mendaftar di portal tersebut. AIS ini juga merupakan medium penyampaian maklumat berkenaan alumni universiti dan menggalakkan lebih ramai para alumni menyumbang semula kepada kampus,” jelasnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Naib Canselor UPM, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman sedang menaiki salah satu daripada Buggy Putrabizz@Alumni.

Sementara itu, penajaan Buggy Putrabizz@Alumni merupakan sumbangan daripada Mohd Norashedy Ab Rashid iaitu alumni UPM kelas 1994 dan 2004 kepada pelajar khususnya Chapter Student Ambassador (CSA) bagi membantu mereka menjana sumber pendapatan untuk melaksanakan pelbagai program.

“Penajaan Buggy Putrabiz@Alumni adalah yang pertama kali seumpamanya dijalankan di antara universiti dan alumni.

“Justeru, pelajar diharap dapat memanfaatkan pemberian buggy ini untuk pemindahan ilmu dalam bidang keusahawanan dan memperkasakan kemahiran insaniah pelajar,” kata Mohd Roslan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok