Untitled design
Untitled design

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 UUM esok! Mohon calon bertanding bersaing secara sihat dan elakkan provokasi

Roshlawaty Md Raieh
15 Dec 2021 04:46pm
A
A
A

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) akan diadakan esok bagi memilih 41 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2021/2022.

Pengarah Sekretariat PMPP, Bobby Patrick Anak Payit berkata, sebanyak 41 kerusi dipertandingkan pada pemilihan kali ini meliputi 32 kerusi kawasan Pusat Pengajian dan sembilan kerusi umum.

Selepas penamaan calon dan masa bantahan pada 13 Disember lalu, sebanyak tujuh kawasan Pusat Pengajian telah diumumkan menang tanpa bertanding iaitu Pusat Pengajian Kuantatif (SQS), Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Psikologi, Dasar dan Gunaan (SAPSP), Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP).

"Pelajar yang layak mengundi boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari mengikut giliran yang telah ditetapkan,” katanya.

Bobby Patrick

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali dalam amanatnya berpuas hati dengan proses penamaan calon yang dijalankan secara dalam talian.

"Ini merupakan pemilihan MPP kali kedua dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Secara keseluruhannya saya melihat pengendalian oleh Sekretariat PMPP kali ini yang diuruskan oleh pelajar sepenuhnya membuktikan mereka mampu mengalas amanah yang diberikan.

“Peningkatan jumlah bilangan calon bertanding tahun ini terutamanya dalam kawasan Umum membuktikan semangat untuk bertanding dan menjadi pemimpin dalam kalangan mahasiswa semakin meningkat.

Dr Hendrik (kanan) ketika membuat pemantauan proses penamaan calon secara dalam talian, baru-baru ini.

“Kepada semua calon bertanding, bertandinglah secara sihat dan elakkan provokasi yang boleh menjatuhkan imej UUM,” ujarnya.

Baca juga “Letih memanglah letih, tapi jujur…saya seronok menjadi guru” – Ustaz Ahmad Fauzi

Baca juga Guru dihadiahkan Perodua Aruz sebagai tanda penghargaan menabur bakti selama 35 tahun

Dr Hendrik berharap semua calon yang terpilih nanti akan memikul tanggungjawab mereka sebagai MPP sesi 2021/2022 sekali gus akan bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk terus memberi khidmat terbaik kepada pelajar dan universiti ini.

Sementara itu, PMPP kali ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat PMPP sesi 2021/2022.

Mereka terdiri daripada;

1) Pengerusi – Mohammad Daniel Ismail

2) Pengarah - Bobby Patrick

3) Pengurus Pemilihan Kawasan

  • Umum – Khairuqistina Khairi Khalid dan Nur Fariza Husna Mohd Noor
  • UUM COB – Wan Syafiqa Wan Azzuddin dan Tan Chin Pei
  • UUM CAS – Nurain Farzana Mohamad Rasyidi dan Nur Hidayati Asilah Roshidi (merangkap Biro Tugas-Tugas Khas)
  • UUM COLGIS – Nursyazriena Ya’kub dan Ida Salina Aziz

4) Barisan Biro

  • Teknikal – Muhammad Faez Muhammad Fauzi dan Faisal Nahar
  • Logistik – William Baba Anak Denise Jelema dan Mohamad Iqwan Hakim Hazlan
  • Jamuan – Muhammad Izwani Md Isa dan Nik Nor Hanan Nik Ramzi
  • Media – Mohamad Aliff Abdullah, Aqimi Rafuad Arisza dan Nurhalimah Aziz

Dalam pada itu, MPP UUM yang dilantik, akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Di sini, disertakan sebahagian tujuan dan fungsi MPP untuk rujukan calon yang bertanding.

1) Untuk memupuk semangat hidup sebagai perbadanan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti.

2) Tertakluk kepada arahan universiti seperti merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan kebajikan pelajar di kampus termasuk kemudahan-kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan serta bekalan makanan dan minuman.

3) Untuk membuat representasi kepada universiti tentang segala perkara berhubung atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar; untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga; dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pelajar di universiti dan untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok