3E99E8DB-7751-4714-98F6-C1E0201E799A
3E99E8DB-7751-4714-98F6-C1E0201E799A

Pensyarah IPG ini dedah 3 WOW capai PdPc bermakna

Rasyidah Zulkifi
13 Feb 2022 04:51pm
A
A
A

Sejak negara dilanda wabak Covid-19, Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam institusi pendidikan negara.

PdPc bukan sahaja interaktif, malah, berkesan kerana mampu menarik minat semua pelajar untuk belajar secara aktif dalam kelas.

Dari semasa ke semasa, warga pendidik perlu mengkaji faktor yang boleh meningkatkan kualiti PdPc.

Baca juga:

UPSI tubuh CPRI perkasa pedagogi dan inovasi

Mudahnya cipta video – Cikgu Hailmi kongsi tip asas cipta video pengajaran PdPc

Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Dr Azman Omar berkongsi beberapa faktor WOW yang dipraktikkannya ketika mengajar pelajar jurusan pendidikan di Terengganu.

Menurutnya, terdapat tiga WOW yang digunakan di dalam kelas untuk menghasilkan PdPc yang bermakna.

“WOW pertama, untuk meningkatkan PdPc yang berkualiti, kita perlukan bilik darjah atau kelas yang kondusif.

Faktor WOW pertama, kelas yang kondusif dan menarik

“Sebagai contohnya, saya gunakan bilik darjah yang bersesuaian dengan situasi pembelajaran digital.

“Ada ‘smart box’, televisyen dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, Azman berkata, pedagogi juga memainkan peranan penting untuk memastikan PdPc yang dijalankan membentuk kemenjadian pelajar.

Katanya, elemen kognitif, efektif dan juga psikomotor ini yang menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pedagogi pembelajaran bermakna di IPG sekarang.

“WOW kedua, merujuk kepada pedagogi menarik yang selalunya kita gunakan untuk keperluan pembelajaran abad ke-21.

“Kalau sebut pembelajaran abad ke-21 tidak semestinya kita merujuk kepada komputer. Kita gunakan pembelajaran koperatif, semangat berpasukan itu merupakan pembelajaran abad ke-21.

“Jadi, kesemua pedagogi ini menitik berat pembelajaran aktif murid seperti menggalakkan murid berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif dan juga dapat berkomunikasi,” katanya.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies (NPDL) bukan bermakna pedagogi tersebut baru cuma pendekatan ini dijenamakan semula dengan pengemaskinian beberapa elemen.

Seterusnya, mengulas lanjut, pembelajaran kaedah digital merupakan faktor WOW ketiga yang mampu memberikan manfaat kepada pendidik dan pelajar.

“WOW ini selaras dengan anjakan ketujuh dalam PPPM, memanfaatkan penggunaan ICT dan meningkatkan kualiti PdP.

“Ada strategi yang kita boleh gunakan seperti ‘blended learning’, ‘flipped classroom’ serta ‘gamification’.

“Yang terkini adalah ‘Classpoint’, kita tak perlu nak buat kuiz, hanya masukkan dalam powerpoint,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah jemputan pada sesi Webinar Mentoring Eksklusif Bersama Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sesi webinar tersebut dijalankan secara video penstriman langsung di YouTube anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM).

Hadir sama, penceramah jemputan, Sia Peng Yee dan Noraini Abd Rahim bertindak sebagai moderator program.

Dalam pada itu, anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) KPM menyeru warga pendidik untuk memanfaatkan teknologi maklumat (ICT) bagi meningkatkan pembelajaran di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok