Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!
Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

Roshlawaty Md Raieh
15 Aug 2022 02:54pm
A
A
A

Bertepatan dengan slogan ‘University for Society-U4S’ yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) menyahut saranan dengan menganjurkan program Inkubator Kobun Pokan di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong Utara Kuala Lumpur.

Sejumlah 50 set lengkap hidroponik kobun pokan yang ditaja oleh Bursa Malaysia disumbangkan kepada 50 buah keluarga PPR Intan Baiduri.

Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI), Profesor Datuk Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor berkata, program Inkubator Kobun Pokan adalah inisiatif para penyelidik di USIM yang telah berjaya menghasilkan set hidroponik kobun pokan yang unik, mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menarik.

Set ini telah mendapat status hak cipta (copyright) dan sedang diusahakan untuk mendapat pendaftaran ‘patent’.

Set kobun pokan telah dihasilkan dalam beberapa reka bentuk dan saiz serta telah dilaksanakan di beberapa institusi dan perumahan komuniti di Negeri Sembilan.

“Produk yang unik ini bukan sahaja tidak memerlukan ruang yang besar, malah kos penyelenggaraannya juga adalah rendah.

“Sekiranya ia dijaga dan diusahakan dengan baik, maka para penerima dan keluarga dapat menikmati sayuran yang segar, selamat dan semestinya membekalkan nutrisi bagi kesihatan tubuh badan. Ini seterusnya penting bagi mengurangkan kos langsung perbelanjaan dapur, di samping dapat melahirkan generasi yang sihat dan semestinya menjadi aset penting kepada negara,” katanya selepas penyerahan set lengkap hidroponik kobun pokan kepada peserta, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah C4SS USIM, Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar; Setiausaha Jawatankuasa Agihan Zakat Bursa Malaysia, Izzat Hafizuddin dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri, Zulkifli Abdullah.

Sementara itu, misi dan usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat adalah antara hala tuju utama pengurusan, pendidikan dan penyelidikan di USIM.

Dalam usaha merakyatkan universiti melalui model ‘Quadruple Helix Engagement’ memperlihatkan kelestarian hubungan antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti dalam memberi impak kepada masyarakat bagi membentuk perubahan ilmu pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi.

Artikel berkaitan 

2 alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, kini pengasas Banat Sandwich

Penyelidik UPM hasilkan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa, optimum sisa pertanian

Berjaya genggam ijazah walau serba kekurangan, semangat Mahavithia buat ramai kagum!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok