WhatsApp Image 2021-12-23 at 12.50.00 PM
WhatsApp Image 2021-12-23 at 12.50.00 PM

Persatuan alumni USIM terima sumbangan rumah pejabat bernilai RM130,000

webadmin
30 Dec 2021 10:11pm
A
A
A

NILAI - Persatuan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima rezeki terpijak apabila diberikan sebuah rumah berkonsepkan pejabat sumbangan RPG Education and Training Centre bernilai RM 130,000.

Rumah berkeluasan 850 kaki persegi ini dibina dengan menggunakan konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan pembinaannya di Mizan Park USIM.

Simbolik penyerahan rumah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Datuk Dr Zulkiflie Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis pada Rabu.

Dinamakan secara rasmi sebagai Rumah Alumni, ia akan menjadi pejabat operasi Persatuan Alumni USIM untuk merencana pelbagai program bagi merapatkan hubungan alumni dan universiti.

Menurut Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM, Asri Husain, Rumah Alumni pada asalnya merupakan projek binaan di bawah program Kontraktor Rumah IBS (Profesional Installer IBS X BIM) yang mendapat geran Kebolehpasaran Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Career Advancement (GE KPT- CAP) 2021.

“Syarikat RPG Education and Training Centre yang berpusat di Seri Kembangan ini dilantik sebagai penyedia latihan program Kontraktor Rumah IBS yang disertai seramai 200 peserta.

“Mereka terdiri daripada pelajar USIM bersama tujuh universiti awam lain iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT),” katanya.

Baca juga “Masa depan bidang pertukangan kayu cukup cerah” – Cikgu Ab Razak 

Baca juga 40 sukarelawan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub redah selut, lumpur bantu mangsa banjir 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Alumni USIM, Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, berterima kasih kepada Pusat Alumni dan Kerjaya serta RPG Education and Training Centre atas usaha mereka menyediakan sebuah bangunan untuk dijadikan pusat sehenti yang kondusif buat alumni USIM.

“Saya berharap dengan kewujudan Rumah Alumni ini, kerjasama antara pihak USIM dan Persatuan Alumni USIM akan dapat terus diperkasakan lagi dalam pelbagai aspek dalam usaha memantapkan lagi hubungan serta saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan para alumni.

“Selain itu, kewujudan Rumah Alumni ini juga penting kerana ia menggambarkan pengiktirafan dan penghargaan oleh pihak USIM terhadap alumni sebagai sebahagian daripada keluarga besar USIM,” ujarnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sinergi antara Persatuan Alumni serta Pusat Alumni dan Kerjaya USIM sebelum ini telah memberi impak yang besar kepada universiti antaranya melalui program Wacana Alumni USIM (WASIM), Inspirational Talk, Program Graduan Profesional, mewujudkan enam buah anugerah khas Majlis Konvokesyen, penubuhan Tabung Kebajikan Kebolehpasaran Graduan UI Platinum dan Tabung Kebajikan Alumni.

Rumah Alumni turut mendapat sentuhan para alumni yang menyumbang beberapa kelengkapan seperti penghawa dingin, komputer, mesin pencetak dan perhiasan rumah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok