Pertandingan catur KeSUA platform cungkil bakat pelajar
Pertandingan catur KeSUA platform cungkil bakat pelajar

Pertandingan catur KeSUA platform cungkil bakat pelajar

Roshlawaty Md Raieh
19 Jul 2022 05:48pm
A
A
A

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) menganjurkan pertandingan KeSUA UPSI Chess Championship di Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, baru-baru ini.

Program anjuran Exco Sukan dan Rekreasi KeSUA itu mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga berjaya mengumpul 80 pemain catur dari seluruh negara.

Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab, Mohd Zahren Zakaria berkata, KeSUA UPSI Chess Championship menawarkan 16 hadiah kepada para pemenang.

10 hadiah untuk tempat pertama sehingga tempat ke 10 manakala enam hadiah lagi diberikan kepada peserta terbaik bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun dan 18 Tahun serta Peserta Terbaik institusi pengajian tinggi (IPT).

Pemain sedang merancang strategi.

Mohd Zahren berkata, pertandingan KeSUA UPSI Chess Championship mampu melahirkan lebih ramai pemain catur profesional.

“Peserta yang menyertai pertandingan ini cukup berbakat dalam permainan tersebut dan saya yakin kita dapat mencari pelapis pemain catur yang terbaik sekaligus mengharumkan nama negara dalam pertandingan catur akan datang,” katanya yang berharap pertandingan sebegini akan diteruskan setiap tahun bagi mencungkil bakat peserta dalam sukan berkenaan.

Sementara itu, Penasihat KeSUA, Nor Hayati Aziz berkata, pertandingan yang julung kali dianjurkan itu telah menarik minat pelajar dalam pelbagai peringkat iaitu peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar universiti dan juga orang awam.

“Masing-masing ada bakat dalam permainan catur. Sukar juga untuk mencari pemenang. Apa-apa pun, tahniah pada peserta yang telah mendapat tempat dalam KeSUA UPSI Chess Championship ini. Yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi di masa akan datang,” katanya.

Pada pertandingan tersebut, pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka, Muhammad Eilfie Ismadi telah dinobatkan sebagai johan.

Manakala naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong Pahang, Jeya Suriya Tamilarusu dan Iman Izzuddin Roslan dari Sekolah Kebangsaan Durian Tipus, Simpang Durian, Negeri Sembilan.

KeSUA UPSI Chess Championship menampilkan dua juri yang hebat dan berpengalaman luas dalam sukan catur.

Mereka ialah Syawal Aqmar Sharir Ariff dan Nurul Farahin Haron Narashid, masing-masing daripada Smart Chess Management.

Artikel berkaitan

6 tip jadi pemain catur 

UMK perkenal Menu Food Basket Siswa Keluarga Malaysia berharga RM3.50

17 tip wajib tahu jika anda hendak mula bermain catur


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok