UTHM-IFT-SINARBESTARI-2023 (2)
UTHM-IFT-SINARBESTARI-2023 (2)

Program Sains dan Teknologi dapat pengiktirafan antarabangsa

nadzarul.amirnadzarul.amir
03 Jan 2023 03:49pm
A
A
A

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melakar kejayaan menjadi universiti Malaysian Technical University Network (MTUN) pertama negara yang mendapat pengiktirafan selama lima tahun dari Institute of Food Technologists (IFT) yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat bermula tahun ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian ditawarkan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM, mendapat pengiktirafan berkenaan melalui semakan dan penilaian ketat oleh IFT Higher Education Review Board (HERB) bagi program akademik berkaitan sains makanan.

Dekan FAST, Profesor Madya Dr Mohamad Zaky Noh berkata, pengiktirafan itu membuktikan UTHM komited dalam memastikan program akademiknya terus kekal relevan, berdaya saing, berkualiti tinggi dan dikenali di peringkat domestik mahupun luar negara.

“Pengiktirafan ini juga akan membuka peluang laluan terus kepada para pelajar Teknologi Makanan di UTHM untuk mendapat pelbagai jenis biasiswa yang ditawarkan oleh IFT.

"Ia diharap dapat menjadi daya penarik kepada pelajar tempatan serta antarabangsa untuk mengikuti program berkaitan sains dan teknologi makanan di UTHM," katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

UTHM mendapat pengiktirafan antarabangsa dari IFT yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.

UTHM berjaya menempatkan kedudukan setanding universiti-universiti terkemuka dunia yang mendapat pengiktirafan sama seperti Universiti Cornell; Iowa State University; Michigan State University; Pennsylvania State University; Universiti Massey; Universiti McGill, Amerika Syarikat; Universiti Politeknik Hong Kong; Universiti Al-Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE); Kolej Universiti Dublin, Ireland dan Universiti British Columbia, Kanada.

Alumni program tersebut berjaya menempatkan diri mereka dalam syarikat-syarikat multinasional dan antarabangsa terkemuka seperti Hershey’s, Nestle, Mondelez International, Air Asia X, Coca Cola, F&N serta Farm Fresh.

IFT ditubuhkan pada 1939 telah mengiktiraf lebih 80 universiti seluruh dunia yang menawarkan program berkaitan sains dan teknologi makanan.

Ia menetapkan piawaian antarabangsa yang tinggi bertujuan untuk menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang tersebut.

Artikel berkaitan

Muhammad Faris dan Chun An, graduan cemerlang UTHM terima Anugerah Pelajaran DiRaja

Selepas terima dua anugerah terbaik universiti, Mek Yun kini ‘wajah’ UTHM

4 pelajar UTHM terpilih sertai Misi Sukarelawan Siswa YSS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok