DSC_8023
DSC_8023

Pusat Kecemerlangan Kraf terbukti mampu tingkatkan kebolehpasaran graduan IKN

Adlan Farhan Azwan
07 Dec 2021 04:32pm
A
A
A

KUALA LUMPUR: Pusat Kecemerlangan Kraf atau Centre of Excellent (COE) telah berjaya meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan Institut Kraf Negara (IKN).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara faktor penyumbang kejayaan ini adalah melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bersama pihak industri dan agensi yang melonjakkan permintaan graduan IKN melalui program di bawah COE.

“Sejak tahun 2001, IKN telah melahirkan seramai 2,810 graduan terlatih dan berkemahiran tinggi. 81 peratus daripada 2,810 graduan iaitu seramai 2,272 graduan IKN telah berjaya meneruskan kerjaya dalam pelbagai bidang.

“Antaranya adalah usahawan kraf, pereka produk kraf, pereka produk industri, pereka fesyen dan tekstil, pensyarah, pendidik, penilai emas dan perak di Ar-Rahnu serta yang ditawarkan bekerja dengan syarikat pembinaan kapal layar terkemuka iaitu syarikat Grand Banks Yachts di Pasir Gudang, Johor.

BACA JUGA: Rentak Budaya gabung muzik tradisional dan moden

BACA JUGA: Program MySTEP terbukti mampu tingkatkan kebolehpasaran graduan di alam pekerjaan era digital

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,588 orang atau 57 peratus merupakan graduan peringkat diploma manakala 1,197 orang atau 43 peratus graduan peringkat sijil dan seramai 25 orang merupakan graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),” katanya ketika Majlis Konvokesyen IKN.

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengadakan Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara kali Ke -19 di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 4 Disember lalu.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Seramai 165 graduan menerima Diploma dan Sijil, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja ketika majlis itu.

Dalam pada masa yang sama, dua pelajar iaitu Ramlee Amin Jumat, graduan Diploma Seni Kraf Kayu Sesi 2020 dan Muhammad Fitri Azhan Fauzi, graduan Diploma Seni Kraf Kayu Sesi 2021 menerima Anugerah Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Bagi peringkat Sijil Seni Kraf, ia disampaikan kepada dua pelajar iaitu Mohd Aliff Ikmal Roslan @ Rostam, graduan Sijil Seni Kraf Logam Sesi 2020 dan Heloana Syra Leduin, graduan Sijil Seni Kraf Batik Sesi 2021.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok