no image

RM367,200 untuk majlis Ihya' Ramadan UUM

webadmin
26 Mar 2022 04:44pm
A
A
A

Universiti Utara Malaysia (UUM) menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM367,200 untuk sambutan Ihya’ Ramadan yang dianjurkan oleh Pusat Islam universiti bagi tahun ini.

Naib Canselornya, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, wang sejumlah itu akan digunakan untuk penyediaan jamuan berbuka puasa dan moreh pada setiap hari kepada lebih 1,300 mahasiswa dan jamaah di Masjid Sultan Badlishah, Masjid Imam As-Syafie Bukit Kachi dan Surau Inapan Siswa (Inasis) Yayasan al-Bukhari dan Muamalat.

“ Saya berharap semua pihak dapat menggerakkan kempen ini bagi tujuan sumbangan Ihya’ Ramadan kerana amalan yang dilakukan di bulan Ramadan ini, sekecil apapun amalan itu akan mendapat pahala yang akan dilipatgandakan terutama memberi makanan dan minum kepada mereka yang berpuasa,” ujar beliau di Majlis Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadan 1443H, peringkat universiti bagi tahun 2022M.

Beliau berharap, sumbangan itu nanti dapat memberi kegembiraan terutama kepada mahasiswa yang telah kembali ke kampus setelah dua tahun menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan mencegah penularan Covid-19.

Baca juga 

Wartawan RTM kongsi pernah kecewa SPM, arwah ayah buat pinjaman bank untuk sambung belajar

Bantuan zakat pendidikan Pulau Pinang dibuka, pelajar diploma hingga PhD mohon sebelum 22 April depan

Di majlis itu, beliau turut mengumumkan pihak universiti menyumbangkan sebanyak RM20,000 manakala Pusat Pengajian, Jabatan, Inapan Siswa, Persatuan kakitangan, Majlis Profesor, Pusat Alumni, Persatuan Alumni dan anak syarikat universiti boleh mengerakkan kutipan dan sumbangan untuk menjayakan program ini terutama dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkahan dan keampunan.

Bagi mereka yang ingin menjayakan program ini, pihak Pusat Islam menganggarkan RM10 untuk seorang dan sumbangan atau dana boleh disalurkan terus kepada akaun Bank Islam 0209-3010-0000-10 (Dana Ramadan) atas nama Universiti Utara Malaysia atau dengan melayari laman web http://giving.uum.edu.my/index.php/Community-Project yang telah dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Zakat Wakaf dan Endowmen BZWE di bawah Business Strategic and Development BSD, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), UUM information Technology (UUMIT), Bendahari dan Pusat Islam UUM sempena Ihya’ Ramadan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Turut hadir di majlis ini ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Pendaftar Ahmad Rasidi Abdullah, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zar Ei Zakaria, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok