“Tiada lagi gelaran budak AD”, FSSR UiTM kini dikenali sebagai KPSK
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini dikenali dengan nama Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK).
FSSR yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Fakulti Art & Design (AD) dalam kalangan penuntut UiTM telah ditukar kepada KPSK yang menggabungkan tiga fakulti di bawahya iaitu FSSR, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) dan Fakulti Seni Persembahan (FSP).
KPSK kini ditadbir oleh Penolong Naib Canselor dan dibantu oleh empat dekan dibawahnya.
Baca juga
UiTM dan KRS meterai MoU, tingkatkan pembangunan sukan ragbi
Perkasa warga OKU di universiti, UiTM jalin kerjasama dengan Perkeso
Pengumuman itu telah mendapat perhatian ramai alumni FSSR yang turut berkongsi kisah dan pengalaman manis ketika menjadi seorang pelajar AD melalui laman Facebook.
Ikuti kisah mereka di bawah ini.
Nur Aliya Radhi: Tak pernah terfikir pun nk masuk FSSR ni. Tapi dari kecil memang minat melukis. Dari hobi jadi minat sampailah aku jejak kaki dalam FSSR. Bermula di negeri Perak lanjut pulak ke Selangor. Masa temu duga ada tergerak nak kerja dalam bidang Forensic Photography tapi tidak kesampaian. Tidak kisah la sekarang kerja bidang apa tapi aku masih alumni FSSR. 2006-2011
Mohamad Hariri Abdullah: NOSTALGIA 40 TAHUN lalu group pertama belajar di KSSR - 1982 ITM Shah Alam dan hari ini FSSR - 2022 UiTM beranjak kepada Kolej Seni Kreatif - CCA dalam pelbagai dilema. Sumbangan kreatif alumni FSSR kepada KDNK, IPT Design, Komuniti, Negara dan Industri seperti Proton, Panasonic, MAS, BSLN, KTMB, Petronas, Perodua, Modenas, JPM, Kementrian dan pelbagai lagi tidak terbilang jumlahnya.
Alhamdulillah dapat belajar, lahirkan graduan dan mentadbir UiTM hari ini bagi mencapai Globally Renowned University - GRU2025. Ya Allah, gantikan dengan ganjaran pahala serta syurga untuk pengorbanan Abah Abdullah dan Mak Ramlah dan seluruh keluarga yang menyokong usaha memanfaatkan ramai orang, Ameen.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Topet Hidayat: FSSR, UiTM Seri Iskandar (2006-2009), UiTM Shah Alam (2009-2011) tempat aku mengenali ilmu seni lukis dan seni reka dengan lebih mendalam. Pada mulanya aku hanya tertumpu dalam illustrasi komik dan pencetakan, namun ruang kanvas kita di industri ini sungguh besar dan luas. Terus maju dan lebarlah sayapnya Fakulti Pengajian Seni Kreatif UiTM.
Berakit Ke Langit: Kajian, ‘School’, Fakulti. KSSR, AD, FSSR. Walau apa jua nama atau identiti ia dipanggil dan dikenali, segala ilmu, pengalaman, kenangan dan kejayaan yang diperoleh dari dalam bangunan keramat ini akan tetap menjadi pedoman dan jati diri bagi setiap insan yang bergelar Alumni. Tiga beradik kembali menjadi satu keluarga yang besar. Semoga ia akan terus meriah, segar dan berkembang megah.