PHOTO 2
PHOTO 2

Tidak terkesan dengan Covid-19, UniKL MFi catat 96.1 peratus kadar kebolehpasaran

Adlan Farhan Azwan
07 Dec 2021 04:51pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) telah mencatat 96.1 peratus kadar kebolehpasaran dengan mendapat tempat di alam pekerjaan dalam pelbagai bidang selepas tamat pengajian.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, kerjasama antara UniKL MFI dengan institusi akademik dan pemain industri di Perancis wajar diteruskan bagi menyalurkan pembelajaran dan latihan yang terbaik kepada para mahasiswa di Malaysia.

“Apa yang saya lihat di UniKL MFI, institut ini juga tidak dinafikan mempunyai kualiti fasiliti dan peralatan yang setanding dengan universiti antarabangsa lain serta turut mengikut perkembangan teknologi semasa.

“Ini merupakan petanda yang baik bahawa Malaysia sedang bergerak seiring dengan negara lain dan dalam masa sama, pelajar di sini juga dapat diperkenalkan dengan semua teknologi moden,” katanya selepas mengadakan lawatan di UniKL MFI pada 3 Disember lalu.

BACA JUGA: Pusat Kecemerlangan Kraf terbukti mampu tingkatkan kebolehpasaran graduan IKN

BACA JUGA: Konvokesyen: MSU rai 4,144 graduan

Pada tahun 2020, UniKL MFI telah mencatatkan 98 peratus kadar kebolehpasaran graduan walaupun berdepan cabaran penularan Covid-19.

UniKL MFI menawarkan 23 program di peringkat Persediaan Pre France, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana serta Doktor Falsafah (PhD) yang mengkhususkan kepada bidang penyelenggaraan perindustrian dan teknologi automasi (industrial maintenance & automation technology).

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Selain itu, seramai 72 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang telah terpilih untuk mengikuti program Persediaan Pre France turut berpeluang untuk terlibat dalam satu sesi ramah mesra dengan Datuk Seri Panglima Azizah.

Di bawah program tersebut, seramai 62 orang yang menerima tajaan MARA, sementara 10 lagi yang mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Perancis dalam bidang Kejuruteraan, Sains Politik dan Pengurusan Perniagaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok