download (6)
download (6)

UniMAP dan Nihon Superior meterai MoA, teroka projek penyelidikan bahan penyambungan elektronik

Adlan Farhan Azwan
01 Mar 2022 05:56pm
A
A
A

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi anak syarikat, Tehnopreneur UniMAP Sdn Bhd (TUSB) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama sebuah syarikat pengeluar bahan pateri terbesar Jepun, Nihon Superior Co Ltd, hari ini, bagi meneroka projek penyelidikan dan pembangunan bahan penyambungan elektronik baharu.

Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah TUSB, Shahruddin Othman manakala Nihon Superior diwakili Pengarah Urusan, Yuji Kozutsumi.

Turut hadir, Pengarah TUSB, Dr Mujahir Ab Rahim; Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Nihon Pavithiran, Narayanan dan Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli.

Baca juga

Kejohanan Karate-do Piala Naib Canselor UniMAP 2022 catat rekod

UMK dan UiTM meterai MoA program dwi ijazah

Menurut Zaliman, jalinan kolaboratif di antara Nihon Superior dan universiti berkenaan sudah terjalin sejak tahun 2012 di mana dana penyelidikan bernilai hampir RM2 juta disalurkan dan sembilan pelajar sarjana serta kedoktoran telah ditaja sehingga kini.

Katanya, kerjasama penyelidikan ini telah berjaya membantu Nihon Superior dalam pembangunan bahan pateri yang baharu serta penambahbaikan proses pembuatan bahan pateri sedia ada.

“Jalinan kolaboratif kukuh dengan syarikat antarabangsa seperti ini menunjukkan bahawa UniMAP sentiasa bersungguh-sungguh dalam memberi sumbangan kepakaran kepada industri-industri di Malaysia dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.

Tambah beliau, dengan cara ini membuktikan UniMAP membuka peluang seluas-luasnya kepada pelbagai pihak industri bagi pemindahan kepakaran dan teknologi yang akhirnya dapat memenuhi tuntutan serta keperluan semasa negara.

“Kerjasama ini secara tidak langsung membuktikan komitmen universiti dalam menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dan pemindahan ilmu berimpak tinggi dengan memperkasakan UniMAP4Society," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Berpangkalan di Osaka, Jepun, Nihon Superior yang juga mempunyai kilang pembuatan di Jelapang, Ipoh, Perak telah bersetuju untuk meneroka projek pembuatan bahan penyambungan elektronik bersifat pengalir lampau bagi aplikasi peralatan perubatan dan komunikasi bersama kumpulan penyelidik UniMAP yang diketuai Prof Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh.

Antara ahli kumpulan penyelidik lain termasuklah Profesor Dr Kazuhiro Nogita, Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri, Zaliman, Dr Flora Somidin, Dr Rita Mohd Said, Dr Norainiza Saud dan Dr Dewi Suriyani Che Halin.

Bagi projek penyelidikan ini, Nihon Superior bersetuju menyalurkan dana geran penyelidikan berjumlah RM313,000 serta penajaan pengajian untuk seorang pelajar mengikuti program pengajian kedoktoran di UniMAP.

Selain untuk aktiviti penerokaan penyelidikan bahan penyambungan elektronik yang baharu, ia juga termasuk bagi menampung kos kumpulan penyelidik untuk menjalankan aktiviti perincian bahan menggunakan beberapa peralatan termaju di Jepun.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok