317729663_556258809883292_3663772425107592105_n
317729663_556258809883292_3663772425107592105_n

UPSI sasar kedudukan 150 universiti terbaik di Asia

Adlan Farhan Azwan
02 Dec 2022 11:40am
A
A
A

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan untuk menduduki 150 universiti terbaik di Asia dalam bidang pendidikan menjelang tahun hadapan.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, UPSI yang kini menduduki tangga ke-182 terbaik di Asia dan 43 terbaik di Asia Tenggara mampu melonjakkan kedudukannya menerusi pendekatan seperti menggabungkan elemen teknologi dengan keinsanan dalam usaha melahirkan graduan berkualiti.

“Saya percaya gabungan antara teknologi dan keinsanan adalah penting kerana ia adalah satu keseimbangan yang perlu diterapkan dalam kalangan para pelajar.

“Selain itu, UPSI juga akan mewujudkan industri di dalam universiti memandangkan syarikat automotif Proton berada di sebelah kampus UPSI di Proton City.

“Jadi, kami akan bekerjasama dengan industri seperti Proton, DRB-HICOM dan Perodua untuk melaksanakan inisiatif ini dalam menghasilkan teknologi automotif pada masa hadapan,” katanya ketika menghadiri Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun UPSI di Dewan Tuanku Canselor UPSI, baru-baru ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Tambah Md Amin, UPSI telah melahirkan pendidik, nasionalis dan cendekiawan sejak institusi yang bersejarah itu ditubuhkan pada 1922.

“UPSI bukan hanya melahirkan guru, tetapi nasionalis memperjuangkan kemerdekaan yang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di segenap nusantara.

“Inilah sumbangan UPSI yang paling hebat dan kami akan meneruskan usaha melahirkan lebih ramai golongan pendidik yang prihatin terhadap masyarakat dan membantu pembangunan negara,” jelasnya.

UPSI sebelum ini dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) sejak penubuhannya pada 1922 dan dinamakan sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1957 kemudiannya Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) (1987), sebelum dinaik taraf kepada universiti pada 1997.

Artikel berkaitan

Amir Izwan dinobat Tokoh Siswa UPSI 2021

Impian ratu kayak ke UPSI akhirnya termakbul!

Boleh jadi pensyarah tanpa ijazah pendidikan, ini cara-caranya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok