HomeIPTBuletin IPTUTeM laksana proses Pilihanraya Kampus secara dalam talian sepenuhnya

UTeM laksana proses Pilihanraya Kampus secara dalam talian sepenuhnya

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalankan keseluruhan proses Pilihanraya Kampus (PRK) secara dalam talian sepenuhnya, hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UTeM, Datuk Dr Sabri Mohamad Shariff berkata, segenap proses pilihan raya kali ini dilaksanakan secara online sepenuhnya, berbeza dengan pilihan raya kampus sebelum ini yang hanya pembuangan undi sahaja secara dalam talian.

Katanya, kesemua proses dan pelaksanaan online ini bermula seawal proses penjualan borang calon, pendaftaran pencalonan, proses berkempen sehinggalah proses pembuangan undi.

Ujarnya, dengan pendekatan kaedah ini dilihat perjalanan prosesnya berjalan dengan lebih lancar sehinggalah pada hari ini memudahkan 13,116 pelajar UTeM untuk membuang undi menerusi platform [email protected] E-undi dan aplikasi MyUTeM.

“Ia mudah bagi pelajar untuk memilih calon pilihan mereka menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM yang baharu sesi 2022,” ujarnya sewaktu memantau proses pembuangan undi secara dalam talian pada PRK UTeM,  hari ini.

Baca juga “Apa pun keputusan anak, peluk dan ucaplah tahniah. Sesungguhnya mereka sudah beri yang terbaik” – Ustazah Asma’

Baca juga 5 permainan video yang mengajar kanak-kanak dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Mohammad Nor Mustaqim (kiri) sedang menyampaikan tentang perjalanan PRK kepada Dr Sabri.

Tambah beliau, kaedah tersebut dilihat sebagai selari dengan musim pandemik yang mana tidak kira di mana sahaja penuntut UTeM berada mereka tetap boleh membuang undi dengan jayanya.

Dalam pada itu, Dr Sabri berkata, pada PRK kali ini sebanyak 34 kerusi telah dipertandingkan yang mana merangkumi 25 kerusi fakulti dan sembilan kerusi umum.

“Ia telah membariskan seramai 48 orang calon yang mana 26 calon adalah bagi kerusi fakulti dan 22 calon bagi kerusi umum,” katanya dengan menambah UTeM merupakan antara universiti yang terawal melaksanakan PRK bagi tahun 2022 ini.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Perjalanan PRK UTeM ini digerakkan sekumpulan Jawatankuasa pelajar UTeM dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (CEC) yang dipengerusikan oleh Mohammad Nor Mustaqim Johari yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian dan dibantu Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM,

Menurut Mohammad Nor Mustaqim, kesemua calon yang layak bertanding telah memulakan kempen secara dalam talian menerusi Facebook PRK UTeM selama 10 hari sebelum ini bagi mengenengahkan manifesto masing-masing.

Sementara itu, rata-rata kumpulan penuntut UTeM yang berada di seluruh negara menyatakan mereka lebih selesa membuang undi dengan kaedah sebegini.