download (2)
download (2)

UTHM sedia terima 13,000 pelajar kembali ke kampus

Adlan Farhan Azwan
15 Feb 2022 03:39pm
A
A
A

BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersedia menerima seramai 13,000 pelajar untuk kembali semula ke kampus bagi menjalani Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula Mac ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly, universiti sudah menetapkan beberapa perancangan bagi memastikan proses kembali ke kampus berjalan lancar dengan memberikan keutamaan kepada lapan kategori pelajar berkeperluan di semua peringkat pengajian.

Baca juga

5,410 pelajar UMK kembali ke kampus

Pelajar IPT dibenarkan masuk kampus mulai 1 Mac

"Lapan kategori berkenaan membabitkan mereka yang memerlukan kerja-kerja amali, tiada akses internet, berkeperluan khas (OKU), akan menduduki peperiksaan seperti Malaysian University English Test (MUET), antarabangsa dan profesional, berada di lokaliti berhampiran kampus induk Parit Raja dan kampus Cawangan Pagoh serta pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada bulan Mac 2022 ini.

“UTHM juga menyasarkan kemasukan seramai 13,000 pelajar secara fizikal iaitu 68 peratus daripada keseluruhan enrolmen pelajar yang akan kembali ke kampus pada Mac 2022 bagi mengikuti pengajian secara bersemuka atau hibrid untuk fasa pertama ini.

“Pihak universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin seterusnya mencegah penularan Covid-19 di dalam kampus,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, pihak universiti juga memaklumkan keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar yang telah melengkapkan dos vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan kemasukan semula pelajar keIPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk kembali ke kampus secara berperingkat bermula Mac ini dengan jumlah kemasukan sehingga 100 peratus bergantung kepada kapasiti kampus masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 ke – 12 pada 8 Februari lalu.

Kemasukan itu turut melibatkan mahasiswa dan kakitangan yang tidak lengkap vaksinasi, namun perlu membuat ujian saringan RT-PCR dengan keputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok